Keju adalah makanan yang mengandungi protein dan lemak daripada susu, sama ada susu lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Tetapi cecair keju dan keju adalah dua benda yang berbeza. Cecair keju ini amat digilai oleh rakyat Malaysia sejak KFC mengeluarkan menu makanan yang berasaskan keju seperti cheesy wedges.
Setelah cecair keju ini ditemui dan disukai oleh rakyat Malaysia, ia bagaikan satu bahan atau makanan wajib ada pada setiap makanan. Lebih-lebih lagi banyak pengusaha makanan yang mana turut menggunakan cecair keju supaya dapat menarik ramai pelanggan.
Sebagai contoh, roti nan merupakan antara makanan berkhasiat kerana berasaskan gandum semata-mata. Begitu juga dengan burger. Umum mengetahui bahawa burger adalah makanan yang kurang menyihatkan tetapi apabila dicampur dengan cecair keju ini maka apa yang terjadi?
Jawapannya adalah tidak. Sebenarnya kandungan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan cecair keju ini merupakan bahan proses yang terdiri daripada pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.
Apa pula sebenarnya MALTODEXTRIN ini? Ia merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai pemekat dan menambah jumlah makanan proses.
Apa yang membimbangkan adalah bahan ini mengandungi gylcemix index yang cukup tinggi. Maksudnya selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah anda akan meningkat dengan mendadak.
Makanan seperti ini amatlah tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. Manakala bagi individu yang sihat, makanan ini juga akan meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan. Jangan terkejut sekiranya 10 tahun akan datang ramai golongan muda yang terpaksa potong kaki.
Selain itu, hal tersebut dapat dilihat melalui golongan anak-anak kita yang begitu menggemari cecair keju ini, di mana badannya gemuk dan obese. Sebenarnya anak anak yang obese ini akan menjadi tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggu.
Sedikit nasihat untuk pengusaha produk makanan di luar sana, elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan kerana ia adalah antara makanan yang tidak sihat untuk dimakan. Dan kepada rakyat Malaysia yang memang menggilai cecair keju ini, berhati-hatilah. Risiko untuk anda menghidapi penyakit kencing manis adalah besar. Pilihan ada di tangan anda.
Sumber rujukan: Public Health Malaysia