Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Susu Dah Masam? Jangan Dibuang Dulu, Ini Cara Buat ‘Cheese’ Dari Susu Yang Dah Masam!

Susu Dah Masam? Jangan Dibuang Dulu, Ini Cara Buat ‘Cheese’ Dari Susu Yang Dah Masam!

Kategori: ,
thumnail cheese 1

Mesti ramai yang tak tahu susu masam boleh bertukar menjadi ‘cheese‘. Bila susu dah masam jangan dibuang kerana banyak kegunaannya. Antaranya, boleh dibuat kek, pankek, sos carbonara, mushroom soup dan apa-apa saja masakan yang menggunakan susu.

Untuk tahu lebih lanjut cara membuatnya, jom ikuti perkongsian resepi daripada Suriya Ab Majid yang berkongsi bahan dan cara membuat homemade cheese.

Cara-Cara Membuat Homemade Cheese

Bahan-bahan:

  • Susu masam
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar cuka putih (boleh guna Disstilled White Vinegar jenama Heinz atau cuka putih jenama lain)

Cara-cara:

  1. Panaskan susu dalam periuk hingga mendidih. Api sederhana sahaja.
  2. Masukkan 1 sudu kecil garam. Nampak dah mula berwap, cepat-cepat tutup api.
  3. Alihkan periuk dari dapur.
  4. Masukkan 3 sudu besar cuka putih. Kacau sekejap.
  5. Biarkan dalam 5-15 minit. Susu akan jadi berketul-ketul.
  6. Guna kain kasar. Boleh juga gunakan kain lampin bersih untuk tapiskan.
  7. Biarkan 45-1 jam untuk airnya ditoskan.
  8. Dah siap. Boleh simpan dalam bekas.cheese1cheese2

Nota kecil: Air yang ditoskan tadi sebenarnya milk whey liquid dan ianya boleh disimpan sebab banyak khasiatnya.

Bagi anda yang tengah diet dan makan secara bersih, Ini adalah pilihan terbaik untuk makan homemade cheese. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba, boleh ikut resepi yang telah sediakan ini. Homemade is always the best!

Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!

Kredit: Suriya Ab Majid

Baca juga: Cara Buat Jagung Susu Cheese Yang Viral, Mudah & Sedap. Berlemak & Penuh Krim!

tags: | | | |