Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » BananaBro Raih RM70 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun, Berkembang Lebih 30 Cawangan Di Malaysia

BananaBro Raih RM70 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun, Berkembang Lebih 30 Cawangan Di Malaysia

Kategori: ,
BananaBro

BananaBro adalah rangkaian restoran daun pisang yang diasaskan pada 2018 oleh Tony Lim, yang tidak asing dalam industri Food & Beverage (F&B).

Beliau sebelum ini memulakan Boat Noodle pada tahun 2013 dan sebelum itu menubuhkan francais Chatime di Kemboja pada 2011.

BananaBro Raih RM70 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun, Berkembang Lebih 30 Cawangan Di Malaysia

BananaBro

Menurut laporan The Business Station (BFM) – dalam tempoh 5 tahun, BananaBro telah berkembang kepada lebih 30 cawangan di seluruh negara dan memperoleh pendapatan RM70 juta pada 2023, dengan marigin EBIDTA sekitar julat 15%-20%.

BananaBro

Daripada Perniagaan ‘Bubble Tea’ kepada ‘Thai Boat Noodles’ – Pengalaman Ini Membantu Dalam Strategi Perniagaan

Perniagaan itu masih aktif berkembang dan sedang menari untuk menambah bilangan kedai mereka kepada 60 menjelang 2026.

BananaBro

Pada masa ini, Tony melihat potensi pendapatan untuk pasaran Malaysia mencecah antara RM150 juta hingga RM200 juta semasa.

Daripada perniagaan ‘bubble tea’ kepada ‘Thai Boat Noodles’ dan kini Banana Leaf India, pengalaman lepas Tony telah membantunya dalam menstrategikan apa yang ditimba sebelum ini.

Sumber: BFM

Baca juga: Dari Kerja Pramugari Gaji 5 Angka Kepada Peniaga Makanan, Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Pilihannya

tags: |