Mempunyai anak kecil bukanlah sebuah tanggungjawab yang mudah. Apabila sudah bergelar sebagai seorang ibu dan bapa, banyak yang perlu dikorbankan, termasuklah masa untuk memastikan anak terjaga dan dibesarkan dengan baik.
Kerana kekurangan masa pada waktu siang, ibu bapa terpaksa melakukan tanggungjawab lain pada tengah malam. Malah, kebanyakkan para ibu ambil peluang untuk memasak pada tengah malam. Maklumlah, pada jam 3 pagi merupakan waktu yang sesuai kerana anak-anak sudah lena. Namun, keadaan yang sunyi sepi pada waktu itu boleh undang pelbagai perasaan yang kurang enak.
Ketika bersendirian, mulalah teringat dengan pelbagai kisah seram yang pernah didengari. Kerana keadaan yang sunyi dan gelap pada waktu tersebut membuatkan kita mudah melayani perasaan takut. Secara tidak langsung memudahkan kita ‘diganggu’ oleh makhluk halus.
Seperti apa yang dikongsikan di Facebook baru-baru ini, seorang ibu telah terkena ‘gangguan’ apabila ingin membakar kek pada jam 3 pagi ketika anaknya lena dibuai mimpi. Namun, apa yang terjadi benar-benar membuat bulu roma meremang.
Adeyh.. Nk gelak ke nangis x taw lah… Knon nk msak time 3-4 pgi d kala sunyi sepi.. Tiada gngguan ank2 kcik knonnya.. Skali kena gangguan makhluk mnyeramkn merasuki kek chocolate ni plak.. Patutlah meremang jew rsa pgi td, rupanya ada gngguan makhluk silap merasuki oven.
Niat nak bakar kek terus tak jadi bila melihat hasil kek coklat yang dikatakan ‘dirasuk’ oleh makhluk halus. Tengok gambar pun dah berasa seram!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur dengan hasil kek yang dibakar. Malah, ada yang bergurau bahawa ‘makhluk halus’ tersebut menyedekahkan senyuman.
Anda pernah mempunyai pengalaman ‘seram’ seperti ini terjadi ketika bagun pada jam 3 pagi untuk masak? Lain kali berhati-hati ketika memasak pada jam tersebut. Takut lain pula jadinya.
Kredit: Siti Ayu Kamaluddin
Baca Juga: Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support