Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Walaupun Tidak Digemari, Banyak Rupanya Khasiat Yang Ada Pada Taugeh. Memang Patut Diamalkan Setiap Hari!

Walaupun Tidak Digemari, Banyak Rupanya Khasiat Yang Ada Pada Taugeh. Memang Patut Diamalkan Setiap Hari!

Kategori: ,
taugeh

Taugeh antara sayur-sayuran yang tidak digemari ramai, terutamanya dalam golongan kanak-kanak. Namun, untuk pengetahuan anda, ianya mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan.

Meskipun bukan pilihan ramai, ia merupakan sayuran yang sangat kaya dengan protein, enzim, serat, antioksidan dan vitamin A, C dan E, asid lemak. Jadi, sangat lah rugi jika kita tidak mengamalkannya sebagai makanan harian.

taugeh

(Sumber: Cik Wan Kitchen)

Taugeh Untuk Kesihatan

1. Mencegah kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuan tulang (osteoporosis).

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan sayur itu oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian.

Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang mampu menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya, taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Nak amalkan mudah sahaja. Cuma perlu mengambil 3 genggam dan siram dengan air panas yang mendidih. Atau, anda juga boleh menggunakannya dalam pelbagai masakan.

taugeh

Banyak sungguh khasiat yang ada pada sayuran ini, kan? Walaupun tak digemari, ia tetap mempunyai banyak kebaikan jadi jangan takut-takut, tak salah kita mengamalkan untuk kesihatan.

Kredit: Tinta DK Pena II via Petua Dan Herba

Baca Juga: Ini Khasiat Yang Tersimpan Pada Kunyit Putih Yang Ramai Tidak Tahu, Wanita Perlu Amalkan.

tags: |