Tanggungjawab seorang ibu bukannya mudah, terutamanya apabila sibuk dengan kerjaya demi kelansungan hidup. Oleh itu bagi mereka yang mempunyai anak ramai, mereka sering risau pada nasib-nasib si kecil.
Namun jika dididik dengan baik, anak sulung mampu meringankan beban dan menjaga adik-adik semasa ibu bapa sibuk bekerja.
Walau bagaimanapun, bila sesama adik beradik, tentu akan ada saat-saat mereka akan mengusik sesama satu sama lain. Melihat gelagat mereka, tentu ibu bapa juga ingin tergelak.
Seperti mana yang telah disaksikan oleh seorang wanita, eldeneleena yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat anak-anaknya.
Sedang menguruskan kedai makan, dia turut membawa anak-anaknya ke situ bagi memantau mereka.ย
Ketika sedang sibuk, dia sempat lagi menjenguk anak-anaknya sedang makan bersama. Gelagat anak lelakinya menyuap adiknya makan dan minum membuatnya terharu hingga hampir menangis, bersyukur kerana mempunyai seorang anak yang begitu prihatin dengan adiknya.
Namun sewaktu mereka sedang bermesra dan abangnya sedang menyuapkan minuman, ketulan ais batu dalam gelas terus terkena hidung adiknya.
Terhibur dengan gelagat dua beranak itu, dia hingga hampir tersembur dan pecah perut melihat mereka.
@eldeneleenaโฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut tergelak dua beradik itu. Ada juga tampil dengan nasihat pada si abang, “Jangan cepat-cepat sangat bang. Kesian adik tu!”.
Kesian pada adik itu, nasib baik lah tak tercekik dengan ketulan ais batu itu. Niat abang tu baik dah tapi kena perlahan sikit. Kan dah terkena muka adik tu!
Kredit: eldeneleena
Baca Juga: Restoran Guna Gelas Unik, Wanita Ini Pening Kepala Fikir Cara Untuk Kacau Susu Di Bawah