Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kita Ni Cuma Menumpang..” – Baru Sahaja Nak Minum Air, Lelaki Ini Tak Tahan Ada ‘Makhluk’ Biadab Di Meja Makan

“Kita Ni Cuma Menumpang..” – Baru Sahaja Nak Minum Air, Lelaki Ini Tak Tahan Ada ‘Makhluk’ Biadab Di Meja Makan

Kategori:
nak minum air

Bagi setengah orang, makan di rumah ini sebenarnya lebih seronok dan selesa dari berada di kedai makan. Ini kerana mereka tidak berada di tempat awam dan berasa lebih selamat.

Tambahan pula bila makan di rumah, kita tidak perlu berurusan dengan sesiapa. Maklumlah di luar sana manusia pun ada macam-macam perangai dan adakalanya telatah mereka juga boleh menyakitkan hati.

Tapi bagaimanapula bila ‘orang rumah’ juga yang jenis yang biadab dan tamak?

“Kita Ni Cuma Menumpang..” – Baru Sahaja Nak Minum Air, Lelaki Ini Tak Tahan Ada ‘Makhluk’ Biadab Di Meja Makan

Perkara itu terjadi pada seorang lelaki, colossaltitan8 yang telah berkongsi kisah menyakitkan hati yang telah menimpa ke atas dirinya.

Berada di rumah dengan perut yang lapar, dia telah menyediakan semangkuk bihun sup untuk dinikmati. Sambil itu, dia juga turut menuang segelas air dan meletakkannya di tepi untuk diminum. nak minum air

Sedap makan seorang diri dengan tenang, dia tak sangka pula ada ‘makhluk’ datang dan curi minum minumannya. nak minum air

Bila ditoleh, dia berasa geram pula bila melihat kucing perliharaannya sedang sakan minum dari cawan itu sambil menjeling ke arahnya.

“Buat macam air sendiri ye kau!”, sindirnya pada haiwan itu yang masih belum berhenti minum dari tadi.

https://www.tiktok.com/@colossaltitan8/video/7150722053241457947?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@colossaltitan8 Kucing biadap #cat #catsoftiktok #cats #catlover #felines ♬ original sound – Bertholdt Hoover

Di ruangan komen pula, ramai yang terhibur melihat gelagat comel kucing itu. Selamba mencuri minuman pemiliknya, ramai juga yang mengatakan bahawa kita ini hanya hamba untuk si bulus.

“Air tu memang dia yang punya. Faham-fahamkan lah yang kita ni cuma menumpang.”, nasihat Fred_Maybe.

“Bagus bibik sediakan air, tuan dah haus!”, usik Nur.

Ramai Sedar Diri Bahawa Mereka Hanya Hamba Untuk Kucing Perliharaan nak minum air

Sabar sahajalah pencinta kucing. Kita ini hanya hamba bagi memastikan kucing-kucing perliharaan sihat dan bahagia. Apa yang milik kita turut menjadi hak milik mereka juga pada akhirnya.

Kredit: colossaltitan8

Baca Juga: Cuba Didik Adik Autism Supaya Pandai Membeli Jajan, Tindakan Kakak Ini Dapat Pujian Orang Ramai

tags: | | |