Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bau Kedai Makan Busuk Teramat Hingga Buat Lelaki Ini Rasa Mual & Hilang Selera Untuk Makan

Bau Kedai Makan Busuk Teramat Hingga Buat Lelaki Ini Rasa Mual & Hilang Selera Untuk Makan

Kategori:
BAU KEDAI MAKAN

Demi mencari rezeki, ramai di antara kita telah membuka perniagaan masing-masing. Antara yang diusahakan adalah sebuah kedai makan dan restoran yang menjual pelbagai makanan dan minuman untuk pelanggan.

Selain memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar, pengusaha perlu menjaga kebersihan makanan dan premis kedai makan supaya ia bebas dari haiwan perosak dan pelanggan juga berasa selesa untuk ke sana.

Jika terdapat kotoran atau sesuatu yang kurang menyenangkan, sudah tentu ia akan menjejaskan imej kedai makan tersebut dan akhirnya pelanggan akan mempunyai persepsi buruk terhadap kedai dan peniaga.

Bau Kedai Makan Busuk Teramat Hingga Buat Lelaki Ini Rasa Mual & Hilang Selera Untuk Makan

Terbaharu, seorang pengguna, wak_kie, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan buat dirinya baru-baru ini. Mengunjungi sebuah kedai makan yang berhampiran, dia ke sana untuk makan bersama keluarganya.

Setelah duduk di sebuah meja dan makanan mereka telah dihidangkan, dia mula terbau bau yang busuk. Menurutnya, kedai itu mempunyai bau longkang yang  sangat kuat dan membuatnya berasa tidak selesa. BAU KEDAI MAKAN

Melihat keluarganya yang tetap makan dengan penuh selera, dia hairan bagaimana mereka boleh melakukan hal itu dengan bau busuk di sekeliling mereka. Bukan sahaja mereka, pelanggan lain turut mengendahkan hal itu. BAU KEDAI MAKAN BAU KEDAI MAKAN

Walaupun bau kedai makan itu membuatnya berasa loya, dia tetap cuba menghabiskan nasi goreng pataya yang telah dipesan. Hanya mampu mengambil beberapa suapan, bau longkang itu jelas mengganggu seleranya untuk makan.

@wak_kie♬ suara asli – FHM14

Sudah menjadi tanggungjawab pengusaha kedai makan dan pekerja untuk memastikan premis kedai makan berada dalam keadaan yang bersih dan selesa. Jika hal sebegini berlaku, pelanggan akan berasa tidak selesa sekaligus menjejaskan perniagaan dalam jangka masa yang pangjang.

Jadi sebagai peniaga, pastikan kedai dan kawasan sekeliling adalah bersih dan tidak bau yang kurang menyenangkan. Sama-sama jaga kebersihan agar pelanggan pun senang untuk ke kedai makan anda.

Kredit: wak_kie

Baca Juga: Wanita Terkilan Kena Scam Dengan Peniaga Kuih Kapit Inti Coklat. Baru Saja Nak Makan Tapi..

 

tags: | | | |