Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Simpan Stok Bawang Kisar Kekal Segar Dalam Tempoh Lama, Senangkan Kerja Memasak Di Dapur

Tip Simpan Stok Bawang Kisar Kekal Segar Dalam Tempoh Lama, Senangkan Kerja Memasak Di Dapur

Kategori: ,
bawang kisar kekal segar

Bawang kisar merupakan antara bahan yang sangat penting di dapur. Ia sentiasa disimpan di dalam peti ais kebanyakan rumah untuk memudahkan kerja memasak.

Cuma kita tak boleh buat dalam jumlah banyak sebab bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.

Perkongsian daripada Norhidayah Mohd Aripin yang berkongsi cara untuk memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan masih elok segar.

Cara ini dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.

Tip Simpan Stok Bawang Kisar Kekal Segar Dalam Tempoh Lama, Senangkan Kerja Memasak Di Dapur

  • Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.
  • Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.
  • Billa nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang dimahukan sahaja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal dalam bahagian beku.
  • Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masukkan bahan kiub, tumis saja macam biasa.

bawang kisar kekal segar bawang kisar kekal segar bawang kisar kekal segar bawang kisar kekal segar bawang kisar kekal segar

Haaa, cara simpan stok bawang kisar kekal segar ini lebih senang untuk kita praktikkan bagi menyenangkan urusan memasak di dapur.

Cara simpan mudah, bahan kisar pun tahan lama, masak pun jadi suka.

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

Baca juga: “Sajian Tradisi Yang Kian Dilupai..” Ini Dia Cara Buat Roti Butut Bakar Yang ‘Rare’ & Enak!

tags: | |