Sebut sahaja Ayam Pak Gembus, pasti ramai yang menyukainya oleh kerana kepedasan dan kenikmatannya yang tiada tandingan. Ayam Pak Gembus adalah antara restoran yang menjadi tumpuan apabila dikaitkan dengan penggemar makanan pedas.
Yang menjadi tarikannya adalah sambal Ayam Gepuk yang sangat power! Baru-baru ini bekas manager Ayam Gepuk Pak Gembus berkongsi resipi yang istimewa itu. Kalau korang malas nak pergi, bolehlah buat sambal Pak Gembus ni di rumah. Siap boleh buat stok tau!
Jom ikuti perkongsiannya ini:
Bekas Manager Ayam Gepuk Pak Gembus Kongsi Resipi Sambal Pak Gembus Sebenar, Memang Menjadi Siap Boleh Buat Stok
Bahan-Bahan:
- bawang putih
- cili padi merah pedas
- cili padi hijau kampung
- ratio: cili merah 3:1 cili hijau
- kacang jagus – wajib ada, tak ada tak sedap
- minyak bijan – wajin ada, tak ada tak wangi
- minyak masak
Cara Penyediaan:
- Tumbuk bawang putih hingga lumat.
- Lepastu boleh masukkan cili merah dengan hijau. Kalau ada batu giling lagi best. Saya pakai batu lesusng saja. Tumbuk sikit-sikit sampai lumat.
- Sementara itu boleh panaskan minyak masak sampai berasap.
- Agak-agak dah lumat cili, masukkan minyak masak dalam lesung batu sampai bunyi berdeser. Gitu baru betul panas minyaknya. Minyak ni pakai agak-agak boleh.
- Boleh gaul-gaul lepastu masukkan kacang gajus. Yang ni pun boleh agak-agak sahaja.
- Kacang gajus tu tadi saya beli dah siap pack 50 gram je. Jadi 50 gram tadi saya pakai. Kalau lesung batu kecil, keluarkan dulu cili tumbuk tadi dalam pinggan. Saya tumbuk kacang gajus bagi lumat. Dah lumat, masukkan balik cili.
- Jika cili dah lumat + kacang gajus, tambahlah MSG lepastu boleh gaul rata. Yang penting, masukkan minyak bijan agak-agak.
- Boleh gaul rata, minyak masak panas tadi. Gaul, letak minyak, gaul, letak minyak di akan masak sendiri dalam lesung batu.
- Apabila dah rasa macam dah cukup minyak, boleh rasa lah cukup ke tak garam dengaan MSG. Masukkan dalam bekas. Minyak elok terapung elok pecah minyak dah siap!
Dah siap Sambal Pak Gembus ni. Tak perlu simpan dalam chiller/fridge pun. Sebab dia dah masak sendiri dengan minyak panas tu. Tahan 3-4 hari suhu bilik atas meja makan tu. Letak dalam bekas kedap udara. Make sure sudu bersih, ambil sekali lepastu tutup. Jangan usik semua.
Sumber: Helmy
Baca juga: Resipi Ayam Cetti Padu, Menu Indian Style Cicah Dengan Roti Pun Dah Mantap!