Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kongsi Video Belanja Adik Bongsu Makan Di Pizza Hut, Tapi Komen Netizen Pula Yang Buat Orang Lain Sebak

Kongsi Video Belanja Adik Bongsu Makan Di Pizza Hut, Tapi Komen Netizen Pula Yang Buat Orang Lain Sebak

Kategori:
BELANJA ADIK BONGSU

Adik beradik merupakan kawan yang paling rapat dan amanah ibu bapa yang perlu dijaga dengan baik. Bila kita sudah dewasa dan berkerjaya, semakin sukar untuk meluangkan waktu bersama mereka kerana perlu fokus pada kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Namun jika berkesempatan, apa salahnya kita meluangkan sedikit masa bersama adik beradik. Mungkin mereka juga rindu untuk keluar bersama, tentu mereka akan senang jika dapat berbual dengan kakak-kakak dan abang-abang mereka. Jika mampu, bawalah mereka keluar dan berjalan-jalan untuk mengeratkan hubungan, seperti mana yang dilakukan oleh wanita ini.

Belanja Adik Bongsu Makan Di Pizza Hut

Sibuk dengan kerjaya sebagai salah seorang pengawai bank, seorang wanita, memilih untuk meluangkan sedikit waktu untuk meluangkan masa bersama adik bongsunya yang masih kecil.

Memuat naik sebuah video di laman TikTok menerusi akaunnya, apeyina, wanita itu berkongsi gelagat adiknya di kedai makanan segera terkenal iaitu Pizza Hut. Dipercayai hanya keluar berdua, adik kecilnya tetap memesan pelbagai hidangan seperti spaghetti dan dua jenis pizza untuk dikongsikan bersama. BELANJA ADIK BONGSU

Terkejut dengan jumlah makanan yang dipesan oleh adiknya, wanita itu mengerut serta mengomel dengan tindakan adiknya kerana perlu menanggung kos. Namun, wanita itu menarik balik kata-katanya bila menyedari bahawa perkerjaannya sebagai seorang pegawai bank mampu menampung kos makanan mereka pada hari tersebut.

@apeyina Eldest ft youngest #siblingcheck ♬ Thats What I want – mafraud

Tapi bila menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen yang terkesan dengan video yang dikongsikan dan mengambil peluang untuk mengeluh mengenai hubungan mereka dengan adik beradik masing-masing. Menurut beberapa pihak, tak semua orang bernasib baik untuk mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik mereka seperti wanita itu.

Tak Semua Bongsu Bertuah.. BELANJA ADIK BONGSU BELANJA ADIK BONGSU

Sedihnya membaca komen-komen yang ditinggalkan. Hakikatnya tak semua orang mempunyai hubungan yang akrab dengan adik-beradik mereka. Oleh itu, ia perlu dijaga dan dipupuk supaya sentiasa terjaga sehingga tua. Bagi mereka yang bergelar kakak atau abang, jagalah adik anda dan luangkan sedikit waktu bersama mereka.

Kredit: TikTok apeyina

Baca Juga: “Tinggal La Dia Sorang..”, Dilayan Seperti Anak Sendiri, Wanita Ini Sebak Kerana Terpaksa Berpisah Dengan Majikan

tags: |