Mungkin sudah menjadi lumrah kehidupan, dalam setiap pertemuan sudah tentu akan berlaku perpisahan. Hal yang sangat menyakitkan adalah apabila kita terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang. Tidak diminta, tapi ianya semua sudah menjadi kententuan Tuhan.
Oleh itu, selagi kita mampu, hargailah mereka disekeliling kerana kita tidak akan tahu bila kali terakhir saat kita akan bersama dengan mereka. Tak kira keluarga atau kawan-kawan, setiap detik perlu dihargai dan digunakan sebaik mungkin.
Terbaru, seorang wanita, nikzaharah, berasa sebak kerana terpaksa berpisah dengan seorang uncle yang menjaganya dengan baik, sama seperti mana-mana anaknya juga. Tinggal di negara jiran atas urusan kerja, wanita itu pula mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air.
Terpaksa meninggalkan kerja dan kawan-kawan, wanita itu bagaimanapun sering dipujuk oleh seorang uncle yang merupakan kenalan rapat dan melayannya dengan elok selama dia di sana.
Oleh kerana sayang pada dirinya, lelaki warga emas itu yang juga merupakan majikannya, sering cuba memujuknya untuk tetap bekerja dengannya, malah lelaki itu turut sedia memanaskan makanannya semenjak dia berkahwin dan sedang mengandung.
https://www.tiktok.com/@nikzaharah/video/7062422116775349505?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@nikzaharah my bestfriend uncle ๐ด๐ป #fyp #runsgd๐ธ๐ฌ๐ธ๐ฌ๐ธ๐ฌ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ #anakrantaumalaysia โฌ suara asli – rafaaldiansyah
Menjengah di ruangan komen, netizen turut berasa terharu melihat hal tersebut. Tambah mereka, wanita itu beruntung kerana mempunyai seseorang seperti itu dalam hidupnya. Bila berjauhan nanti, mereka turut menasihatkan agar dia sentiasa berhubung supaya ikatan mereka tidak terputus meskipun berjauhan.
Untungnya wanita itu kerana mempunyai insan sebegitu dalam hidupnya. Semoga ikatan mereka berkekalan. Perpisahan itu sudah tentu menjadi satu kepastian jadi hargailah setiap detik bersama orang-orang yang tersayang selagi mampu bersama mereka.
Kredit: TikTok nikzaharah
Baca Juga: Rider GrabFood Tergelincir Hingga Makanan Jatuh & Tertumpah, Namun Ini Pula Tindakan Peniaga..