Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan ada angan-angan dan harapan untuk mempunyai cahaya mata atau pun zuriat. Cahaya mata inilah yang bakal mengisi kekosongan dan kesunyian suami isteri.
Namun zuriat ini adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya pada masa yang terbaik. Ada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga sudah dikurniakan rezeki mengandung. Namun ada juga pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun berkahwin namun belum ada rezeki lagi.
Setiap orang, jalan cerita hidupnya berbeza-beza. Sedih? Sudah pasti, lebih-lebih lagi jika kita berharap akan hal tersebut sepenuhnya. Namun itulah ujian yang tuhan berikan untuk hambanya yang Dia sayangi. Lambat atau cepat, pasti tuhan akan memberikan yang terbaik untuk hambanya.
Cuma, selagi boleh berusaha, usahalah yang terbaik. Seperti mana yang sempat dikongsikan oleh peniaga Char Kuey Teow yang dikenali dengan nama brounclesyed, menerusi akaun TikTok, berkenaan dengan seorang pelanggan yang mengunjunginya kedainya.
Pelanggan tersebut pada mulanya membeli Char Kuey Teow namun tidak mengambil baki yang dipulangkan oleh peniaga tersebut. Hasrat dan harapan pelanggan berkenaan adalah cukup baik dan membuatkan hati nurani manusia tersentuh dan berasa sebak.
Pasti sudah lama dia menantikan zuriat kerana lelaki tersebut meminta untuk mendoakannya dikurniakan cahaya mata. Terkedu seketika peniaga Char Kuey Teow ini apabila mendengar kata-kata pelanggan berkenaan.
Tidak kelihatan muka pelanggan tersebut namun hanya sekadar mendengar suaranya sahaja. Sempat berkata “Eh bang bang tak payahlah bang. Duit lebih tu abang buat belanja customer yang datang. Memang saya dah niat nak buat macam tu. Abang cakap supaya yang belanja tu dapat zuriat”.
Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat uncle syed menyampaikan pesanan pelanggan tadi kepada pelanggan lain yang hadir.
@ayamgepukbudiono Jom kita doakan rezeki buat abang ni☺️😭 #fyp #foryou #tiktokmalaysia #fypsatukali
@brounclesyed Jom kita doakan rezeki buat abang ni☺️😭 #fyp #foryou #tiktokmalaysia #fypsatukali ♬ Buah Hati – Instrumental – Armada
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang mendoakan pelanggan tersebut namun ada juga yang turut meminta orang ramai mendoakan dirinya dan isteri turut dikurniakan zuriat. Katanya sudah lama menunggu.
Tidak kurang juga ada yang berasa sedih dan mengalir air mata apabila menonton video berkenaan. Malah ada juga yang menulis, perit menunggu bagi mereka yang mencuba untuk hamil ini.
Ramai kan tengah berusaha dan berjuang untuk hamil serta dikurniakan rezeki. Belanja pelanggan lain adalah salah satu cara pelanggan tersebut lakukan agar harapannya tercapai. Kerana kita tidak tahu doa siapa yang makbul dan cara bagaimana ia dimakbulkan.
Mudah mudahan dengan kebaikan tersebut, isteri pelanggan berkenaan dikurniakan rezeki secepatnya. Begitu juga dengan pasangan lain yang sedang berjuang sekarang. Jangan putus asa, teruskan berdoa. InshaAllah, Allah akan berikan pada waktu dan saat yang tepat.
Sumber: TikTok brounclesyed
Baca juga: “Niaga Sambil Sedekah Tu..” Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan