Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Salah Kita La..” – Beli Buko Mangga Tapi Dapat Yang Basi, Wanita Ini Luah Rasa Kesal

“Salah Kita La..” – Beli Buko Mangga Tapi Dapat Yang Basi, Wanita Ini Luah Rasa Kesal

Kategori:
beli buko mangga

Dengan adanya platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok, ia telah membantu pengusaha untuk mempromosikan jualan mereka kepada orang ramai.

Malah peniaga kecil yang menjual makanan dan minuman pun mendapat sambutan yang baik setelah viral di media sosial. Yang sedang hangat mendapat sambutan ketika ini adalah pencuci mulut buko yang selalu diviralkan.

Namun begitu, orang ramai perlulah berhati-hati ketika mencuba sesuatu yang viral. Ini kerana tak semuanya indah seperti yang diperkatakan.

“Salah Kita La..” – Beli Buko Mangga Tapi Dapat Yang Basi, Wanita Ini Luah Rasa Kesal

Terbaharu, seorang wanita Nur Hidayah Ieda telah memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa kesal setelah membeli buko mangga yang sedang viral di seluruh media sosial.

Kelihatan menarik, dia mencari pencuci mulut itu dan menemui sebuah kedai yang menjualnya. Tanpa berfikiran panjang, dia terus beli dan membawanya pulang. beli buko mangga

Dibiarkan seketika sebelum disimpan dalam peti ais, dia mengeluarkan buko mangga tadi untuk dimakan. Namun begitu, dia sedih apabila mendapatinya sudah berketul dan basi. beli buko mangga beli buko mangga

Kecewa, wanita itu sedar bahawa kejadian itu berlaku bukan dari salah peniaga atau mana-mana pihak tapi dirinya yang lambat untuk menyimpannya dalam peti ais. Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat dirinya di masa akan datang.

@nurhidayahieda kempunan kita nak makan 😭 #desertviral #bukomangga #koktailbuah #basi ♬ original sound – OhhhhFareeq

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut tampil menasihatkannya untuk lebih berhati-hati. Makanan ini cepat basi, terutamanya buko mangga yang menggunakan bahan susu.

“Tak simpan sejuk kot.. benda susu ni sensitif, tak ada rezeki nak makan.” pujuk pengguna mommy2sons.

Beli Makanan Kena Hati-Hati beli buko mangga beli buko mangga

Kadang-kadang makanan viral itu tidak salah, peniaga pun juga. Silap datang dari diri sendiri yang terlalu cuai. Tapi harap wanita itu tidak terlalu bersedih. Mungkin hari tersebut tiada rezeki buatnya untuk cuba buko mangga yang sedang viral sekarang ini.

Semoga kisah dan perkongsiannya boleh dijadikan pengajaran buat kita semua untuk lebih berhat-hati.

Kredit: Nur Hidayah Ieda

Baca Juga: “Aku Buat Akak Ni Nangis..” – Buat Review Jujur Kedai Makan, Lelaki Ini Tak Sangka..

tags: | | |