Bulan Ramadan ini, ramai yang beria-ria untuk ke dapur dan mencuba pelbagai resepi baru untuk berbuka puasa. Seronok menghidangkan lauk untuk keluarga, namun ada segelintir yang tidak berkesempatan untuk berbuat begitu kerana terlalu sibuk dan penat setelah seharian bekerja.
Kerana tidak larat dan tidak mahu memasak dalam keadaan tergesa-gesa, ada yang memilih untuk membeli juadah berbuka puasa. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Tapi bila lauk yang ingin dimasak oleh pihak lain, kita tidak akan tahu tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan. Realitinya, di bulan yang mulia ini, masih ada sekumpulan peniaga yang memandangkan leka tentang hal itu dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Terkini, seorang wanita ke laman TikTok dan memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa kecewanya dengan kelalaian seorang peniaga. Mungkin kerana tidak sempat untuk memasak juadah berbuka puasa pada hari tersebut, wanita itu memilih untuk memesan beberapa lauk-pauk menerusi aplikasi Grab.
Namun bila waktu berbuka menghampiri, wanita itu kecewa bila menghidangkan lauk-pauk yang telah dibeli dan mendapatinya tidak sesuai untuk dimakan. Selain lauk ikan patin dan ayam berbau, daun pucuk paku yang digunakan dalam masakan gulai lemak didapati tua, lebih elok diberi pada kambing perliharaan.
Setelah seharian penat berpuasa dan kelaparan, wanita itu berasa kecewa, tak sangka masih ada peniaga yang tidak amanah seperti ini. Sangat leka dan tidak menyediakan makanan yang dijual seeloknya, ia telah merosakkan seleranya untuk berbuka puasa.
Tergamak pula peniaga menjual lauk macam ni pada pelanggan di bulan puasa?
@eydashazreen mkan nasi ngan kuah untuk buka puasa .. mniaga biarlaa iklas 😔😔
@eydashazreenmkan nasi ngan kuah untuk buka puasa .. mniaga biarlaa iklas 😔😔♬ suara asli – Ivan Kurniawan
Perkara sebegini sudah tentu akan mengecewakan para pelanggan. Membayar makanan yang dibeli, seharusnya peniaga perlu jujur dan amanah ketika menjual. Makanan ini jangan dipandang leka kerana ia akan menjadi darah daging kita.
Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat peniaga di luar sana. Jika mahu meniaga, buatlah dengan sebaik mungkin dan jangan fikirkan keuntungan semata-mata.
Kredit: eydahshazreen
Baca Juga: Baru Je Nak Siang Sotong, Dapat ‘Benda’ Percuma. Netizen Dedah Ini Rupanya ‘Taktik’ Peniaga