Isu kenaikkan harga barangan menjadi satu masalah besar di kalangan pengguna. Malah, para pengusaha makanan antara yang terkesan kerana terpaksa menaikkan harga produk bagi meneruskan perniagaan.
Perkara itu jelas mengecewakan ramai pelanggan tapi masih ada peniaga yang faham dan tidak menaikkan harga sesuka hati. Namun bila kekal harga murah pun masih ada juga pelanggan yang tidak berpuas hati?
Terbaharu, seorang pelanggan pawi_86 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi rasa kecewa setelah membungkus minuman dari sebuah kedai.
Gara-gara dahaga, lelaki itu telah memesan minuman kegemarannya, Milo O untuk dibungkus bagi diminum kemudian.
Walaupun begitu, dia kecewa apabila perlu membayar RM2 bagi minuman itu. Menurutnya, harga yang dikenakan bagi minuman Milo di kedai sekarang sangat mahal. Jika Milo O dicaj RM2, minuman Milo ais pula mencecah RM3.5 satu bungkus.
Tambahnya juga di ruangan caption, kebanyakkan kedai makan juga tidak memaparkan harga makanan pada menu dan akhirnya mencaj pelanggan mahal-malah.
Jadi baginya, tak hairan mengapa rakyat Malaysia lebih suka ke Thailand kerana harga makanan murah jika dibandingkan dengan di sini.
https://www.tiktok.com/@pawi_86/video/7150083383861726490
@pawi_86 Dah lah sekarang jarang kedai tulis harga² makanan, harga pun dah ala² taraf Yahudi. Memang patut kalau nak melancong elok ke Thailand. Jangan ke Langkawi, apa lagi ke Terengganu. #fypシ ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music
Namun bila menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Menurut mereka, harga yang dikenakan peniaga itu sudah berpatutuan memandangkan harga barangan semakin meningkat.
Sebagai pelanggan, tentu kita sedih bila harga makanan dan minuman dinaikkan tapi kita juga tidak seharusnya terlalu kedekut.
Jika dilihat, minuman yang dibeli itu masih lagi dijual pada harga yang rendah jika ingin dibandingkan dengan yang lain. Jadi, janganlah kita terlalu merungut dan bersyukur kerana masih ada peniaga yang menjual dengan harga sebegitu.
Kredit: pawi_86