Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Nasi Berlauk Dengan Harga RM30, Wanita Ini Luah Rasa Tidak Puas Hati

Beli Nasi Berlauk Dengan Harga RM30, Wanita Ini Luah Rasa Tidak Puas Hati

Kategori:
BELI NASI BERLAUK

Kenaikan harga barangan telah menjejaskan banyak pihak, terutamanya golongan peniaga. Hal ini kerana mereka berasa sangat tersempit dan terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual bagi menampung pelbagai kos.

Perkara itu akan mengecewakan pelanggan tapi terpaksa dilakukan bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan. Namun begitu, ada segelintir peniaga yang akan mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang tinggi. Berasa seperti ditipu, para pelanggan tentu akan berasa marah.

Beli Nasi Berlauk Habis RM30, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

Ingin makan di sebuah restoran, seorang wanita telah mengunjungi kedai nasi berlauk yang berhampiran. Mengambil sepinggan nasi putih bersama beberapa jenis lauk seperti ayam masak lemak cili api, sambal sotong dan sedikit hati goreng, wanita itu ke kaunter untuk membayar.

BELI NASI BERLAUK

Menurutnya, dia telah membayar makanan itu dengan harga RM30. Hal itu membuatnya berasa marah kerana tidak menyangka bahawa harga lauknya boleh mencecah harga begitu sekali.  BELI NASI BERLAUK

Dengan beberapa jenis lauk sahaja, dia berasa hal itu sangat tidak masuk akal. Tambahan pula, dia bukannya berkira bila bab makanan tapi bila harga yang dikenakan adalah tidak munasabah, sudah tentu dia akan berasa kecewa kerana berasa seperti diri telah ditipu.

@patricia_majestic Bukan nak berkira kalau makan tapi kalau #hargayahudi macam mana? #fyp #fypシ #nasicampurkayangan #patriciamajestic #fypfyp ♬ original sound – Patricia Majestic

Rata-rata terkejut dengan harga nasi berlauk yang telah dibeli oleh wanita itu. Meskipun banyak lauk yang dibeli, ramai yang tak percaya bahawa ia boleh mencecahkan sehingga RM30.

“Terlalu Mahal..” BELI NASI BERLAUK

Namun lain pula pendapat orang ramai di ruangan komen video yang telah dikongsikan itu. Rata-rata bersetuju bahawa harga yang telah dikenakan peniaga adalah bersesuaian memandangkan lauk yang dipilih adalah banyak. Malah harga sotong adalah sangat mahal, jadi harga sebegitu sangat sesuai.

“Memang Logik..” BELI NASI BERLAUK

Walaupun harga barangan yang tinggi sekarang ini, ia tidak seharusnya menjadi alasan dan kesempatan buat para peniaga mengaut untung yang lebih. Seharusnya harga yang dikenakan adalah adil dan jujur supaya pelanggan berasa berpuas hati dengan apa yang telah dibeli.

Kredit: Patricia Majestic

Baca Juga: “Derita Dia..”, Serah Suami Buat Ayam Golek Di Rumah, Pelik Pula Jadinya

tags: | | |