Meniaga bukanlah hal yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai cabaran dan persaingan yang ada, para peniaga perlu berfikir secara kreatif untuk menarik minat pembeli. Malah, pengusaha kedai makan juga digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak.
Dengan adanya pelbagai kelas dan pendedahan, setiap peniaga menggunakan ‘strategi’ pemasaran yang berbeza. Antaranya adalah memberi barangan percuma kepada pelanggan. Ini menarik mereka untuk membeli kerana mereka berasa ia sangat berbaloi. Tapi kadang-kadang barangan yang diberi pada pelanggan agak pelik juga.
Terkini, seorang lelaki, admemerang, telah meninjau kawasan berdekatan untuk mencari makan. Menemui sebuah gerai kecil yang menjual nasi kukus ayam berempah, dia berasa tertarik untuk menghampirinya.
Bau ayam yang menyelerakan, dia memeriksa gerai itu dan menemui sesuatu yang menarik. Bukan sahaja menjual nasi kukus yang sedap, peniaga itu turut menyediakan sesuatu yang percuma buat pelanggan. Selain gula-gula, apa yang disediakan turut sebalang rokok dipercayai dari jenama LD.
Tertarik dengan perkara itu, dia memesan beberapa bungkus nasi kukus untuk dimakan sambil menawarkan sebalang rokok pada kawan yang menemaninya. Bukan seorang perokok, kawannya menolak pemberian itu, sebaliknya lebih memilih gula-gula yang disediakan.
https://www.tiktok.com/@admemerang/video/7109687093562969370?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@admemerang Rokok LD tu HAHAHAHAHA #nasikukuspadu #fyp #batu5 ♬ original sound – ad
Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula tertarik melihat perkara itu. Mungkin jarang sekali ada peniaga yang sangup memberi rokok LD percuma, seorang pengguna, tekkk55 berasa kagum kerana rokok yang diberi bukanlah yang murah. Ini barulah betul-betul ikhlas untuk memberi.
Murah betul peniaga untuk berikan rokok LD percuma pada pelanggan. Sangat jarang dilakukan orang. Namun begitu, tabiat merokok bukanlah sesuatu yang baik jadi seeloknya kita tidak memupuknya di kalangan orang ramai.
Kredit: admemerang
Baca Juga: “Tak Berbaloi..” – Saiz Ayam Kecil Tapi Harga Naik, Pelanggan Ini Sampai Garu Kepala Dengan Hal Itu