Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Nasi Lemak Dari Singapura, Lelaki Ini Puas Hati Dapat Banyak Lauk. Memang Kenyang!

Beli Nasi Lemak Dari Singapura, Lelaki Ini Puas Hati Dapat Banyak Lauk. Memang Kenyang!

Kategori:
banyak lauk

Nasi Lemak merupakan hidangan yang menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia. Ia juga dikenali di negara jiran, Singapura.

Jika anda berkesempatan ke negara tersebut, Nasi Lemak akan mudah ditemui dan dijual di mana-mana kedai dan restoran tapi tentunya cara mereka menyediakannya mempunyai sedikit perbezaan dari cara orang Malaysia.

Beli Nasi Lemak Dari Singapura, Lelaki Ini Puas Hati Dapat Banyak Lauk. Memang Kenyang!

Terbaharu, seorang lelaki afiqraffali telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi rupa hidangan Nasi Lemak yang telah dibelinya.

Berada di Singapura, dia telah membeli sebungkus Nasi Lemak dari sebuah restoran dan teruja untuk berkongsi dengan penonton apa yang boleh didapati. banyak lauk

Ujarnya, Nasi Lemak di Singapura memang berbaloi dibeli kerana ia mempunyai begitu banyak lauk. Selain nasi, sambal, bilis goreng dan timun, pembeli boleh dapati beberapa lauk lain seperti ayam goreng, otak-otak, chicken ham, tiga keping telur dan banyak lagi. banyak lauk banyak lauk

Melihat begitu banyak lauk yang diberi, dia berpuas hati dan yakin bahawa dia aka kenyang sehingga makan malam. Makan sekali sehari pun dah cukup!

@afiqraffali

Kalau buat sarapan pagi , sampai dinner masih kenyang 😂

♬ Laper Laper Ha – Faiha

@afiqraffaliKalau buat sarapan pagi , sampai dinner masih kenyang 😂

♬ Laper Laper Ha – Faiha

Di ruangan komen video tersebut, orang ramai turut bersetuju bahawa Nasi Lemak di Singapura antara yang terbaik pernah dicuba. Malah, ada turut mencadangkan beberapa kedai yang menghidangkan Nasi Lemak terbaik di negara tersebut.

Ramai Yakin Nasi Lemak di Singapura Antara Yang Terbaik banyak lauk

Tidak dinafikan bahawa makanan di Singapura memang antara yang terbaik, tak hairan juga mengapa Nasi Lemak mereka turut begitu. Jadi bila anda ke sana, jangan lupa untuk mencuba tau.

Jangan risau, di Malaysia juga terdapat banyak kedai Nasi Lemak yang menyajikan banyak lauk dan sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.

Kredit: afiqraffali

Baca Juga: “Tak Sangka Ada Kes Macam Ni..”, Pelanggan Terkejut Makanan Tinggal Separuh, Kesal Dengan Perangai Rider

tags: | | |