Langkau ke kandungan

Resepi Melayu: Bendi Goreng Udang Kering

Resipi

5 bahan, 5 langkah

Terus ke resipi
Resepi Melayu: Bendi Goreng Udang Kering

Lauk dah ada untuk makan tengahari. Untuk sayur masih lagi terfikir-fikir nak buat sayur masak apa? Saya nak kongsikan dengan anda semua resepi sayur yang terlajak senang gitu. Resepi bendi goreng udang kering. Sangat-sangat senang dah menjimatkan. Berikut merupakan resepi untuk memasak bendi goreng udang kering.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang kering
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Bendi
  • Garam

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Tumbuk udang kering hingga halus. Kemudian masukkan bawang putih dan tumbuk hingga halus.
  2. Masukkan cili padi, tumbuk hingga halus.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
  4. Masukkan bendi. Perasakan hingga cukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu. Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya lebih lanjut:

Kredit: Mila Campak Campak

Iqbal Mohamad

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Iqbal Mohamad