Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Hadiah Untuk Orang Bodoh!” Bengang Menggunakan Parking Khas Untuk FoodPanda, Rider Ini Tinggalkan Pesanan Untuk Pemandu Itu

“Hadiah Untuk Orang Bodoh!” Bengang Menggunakan Parking Khas Untuk FoodPanda, Rider Ini Tinggalkan Pesanan Untuk Pemandu Itu

Kategori:
hadiah

Menjadi seorang food rider semestinya bukan perkerjaan yang mudah.Lebih lagi pada waktu tengah hari di mana orang ramai yang sibuk dengan berkerja mula memesan makanan, banyak pesanan yang perlu diambil dan dihantar.

Kalau lewat sedikit memang sah pelanggan akan mengadu. Jadi untuk memudahkan urusan para food riders, rata-rata tempat telah menyediakan ruang parking khas untuk food riders. Tak adalah mereka berebut-rebut untuk mencari tempat untuk meletakkan kenderaan dan tergesa-gesa untuk menghantar pesanan.

Namun begitu, ada juga segelintir orang yang mengambil kesempatan pada ruang parking yang telah disediakan khas untuk food riders. Itulah yang terjadi baru-baru ini yang menyebabkan seorang food rider berasa bengang dan meninggalkan ‘hadiah’ untuk pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab.

Parking Khas Untuk FoodPanda Sahaja. Kan Dah Kena Setempek.

Menerusi satu rakaman video di TikTok yang dimuat turun oleh angah.panda, pengguna itu berasa benggang dengan seorang pemandu yang telah menggunakan ruang yang disediakan khas untuk rider Foodpanda.

Berlaku di Tesco Extra Seberang Jaya, Penang, rider itu telah meninggalkan ‘hadiah’ dan pesanan untuk pemandu itu supaya beringat dan tidak mengulangi lagi perkara itu.

https://www.tiktok.com/@angah.panda/video/6960944050413391105?_d=secCgYIASAHKAESPgo8EyuuBeOlkl49yg5Ee274h1Rtn87TTbe0%2FJeNJux5NwtAuC1MGsIplvabsa%2FdtXWGI2VLaAF1LWqs2dKZGgA%3D&checksum=f0cfbca2fe014ea0ba9b00fd60d3db3ceebc1793cf9f791c1e961ed89e168b38&language=en&mid=6960944044415519490&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAiJuAtwVvvFPE1ldl6hJNfldJzrcmcizkZQungBTtpmGbA0EcUenKdF6khh_qq8zr&share_app_id=1180&share_item_id=6960944050413391105&share_link_id=05b1eabf-ff32-4d8b-a8eb-d7b53569db2b&source=h5_t&timestamp=1631587447&u_code=d1dm3709eck591&user_id=6587691192766595073&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6991395899982431745

@angah.pandaTolong bertimbang rasa sikit☺️ parking foodpanda khas untuk foodpanda sahaja☺️ kan dah kena setempek🤣 ##janganbagipandamarah ##pandarider ##fypシ♬ original sound – Asyrul Panda’s

Jangan Bagi Stiker, Sepatutnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan ruangan parking khas Foodpanda.
Malah, ada pengguna yang menasihatkan individu itu untuk menggunakan cara lain untuk beri pengajaran pada pemandu itu supaya dia lebih menyedari kesalahan yang dilakukan.
hadiah
hadiah 

Bagi kita yang pengguna biasa seharusnya tidak mengambil kesempatan pada kemudahan yang sudah disediakan buat orang lain. Jangan kata ruangan parking food riders, ruang parking khas untuk OKU (Orang Kurang Upaya) pun ada juga orang yang mengambil kesempatan! Jadikan pengajaran buat kita semua untuk tidak melakukan perkara ini. Nanti tak pasal-pasal kita pun yang dapat ‘hadiah’ dari abang-abang food riders.

Kredit: TikTok angah.panda

Baca Juga: Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support

tags: | |