Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ini juga termasuk golongan pengusaha kedai makan. Sering kali orang ramai suka mengadu mengenai kesalahan mereka di media sosial tanpa cuba memahami sisi peniaga. Kadang-kadang kesilapan kecil adalah sesuatu yang tidak disengajakan.
Dari memalukan dan membuka aib peniaga kepada seluruh dunia, adalah lebih baik jika pelanggan menemui peniaga secara bersemuka atau melakukan aduan tersebut secara langsung. Hal itu akan membantu peniaga menyedari kesalahan mereka dan membaiki kelemahan yang ada. Dari situ mereka juga mampu mengembangkan bisnes dan menemui solusi pada masalah-masalah yang mungkin tidak disengajakan.
Terbaru, seorang wanita telah memesan beberapa keping roi bom dari sebuah kedai makan berhampiran dengan menggunakan aplikasi FoodPanda. Namun pernah kecewa kerana peniaga itu tidak memberi kuah kari untuk mencicah rotinya, wanita itu bengang dan kecewa kerana perlu makan roti kosong sebegitu. Maklumlah roti bom ini lebih nikmat apabila dicicah dengan kuah.
Walaupun pernah dikecewakan, wanita itu sekali lagi memesan dari kedai itu dengan menggunakan aplikasi yang sama sambil meninggalkan notis pada peniaga. Dalam notis tersebut, wanita itu menasihati pada peniaga supaya tidak lupa untuk memberi kuah kari. Ini kerana peniaga itu pernah lupa untuk memberinya dahulu.
Walaupun nasihat itu mempunyai sedikit unsur sindiran, wanita itu terkejut apabila melihat makanan yang sampai. Bukan sahaja peniaga tidak lupa untuk memberi kuah kari seperti yang diminta, malah dia turut memberikan rendang daging percuma serta nota meminta maaf atas kecuaiannya.
https://www.tiktok.com/@pandabesarr/video/7075508250711477530?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@pandabesarrMaghoh naw 🦦♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut memuji tindakan peniaga itu yang terima kesalahan lepas dan telah meminta maaf. Sikap yang sangat bagus, sempat lagi belanja rendang daging sebagai tanda meminta maaf.
Tindakan wanita itu yang telah mengemukakan kesalahan peniaga secara langsung perlu dicontohi. Dari mengadu di media sosial tanpa memahami sisi peniaga, adalah lebih elok jika kita membawa hal itu kepada peniaga supaya mereka dapat membaiki diri dan perkhidmatan.
Kredit: TikTok pandabesarr