Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Guru Ini Berhenti Kerja Untuk Jual Sandwic Di Kampung Halaman, Ingin Luangkan Masa Dengan Anak

Guru Ini Berhenti Kerja Untuk Jual Sandwic Di Kampung Halaman, Ingin Luangkan Masa Dengan Anak

Kategori: ,
sandwic

Kerana mahu lebih meluangkan masa dengan suami dan anak-anak, guru ini mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai tenaga pengajar di Pulau Pinang.

Kisah ini menarik perhatian ramai orang kerana menceritakan sebuah cerita yang penuh makna dalam menghadapi dilema antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

Berhenti Kerja Untuk Jual Sandwic Di Kampung Halaman, Ingin Luangkan Masa Dengan Anak

Keinginan untuk lebih banyak menghabiskan waktu bersama keluarga menjadi faktor utama. Ini kerana dia tidak mahu berjauhan dengan suami dan anak-anaknya yang masih kecil.

Menurut Sinar Harian, Yasmien Aiezzam Yasin yang berusia 35 tahun itu telah membuat keputusan berani untuk berpindah pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk bersama keluarga tercinta.

Keputusannya meletak jawatan sebagai guru dan pulang ke kampung halaman memberi peluang yang lebih baik dalam bidang perniagaan.

sandwic

Menurutnya, setiap tahun dia ada membuat permohonan pertukaran guru sekolah ke kampung halaman.

Tetapi permohonan berkenaan ditolak dan sering gagal.

“Terlalu sukar untuk meneruskan kerja sehingga saya kemurungan dan berfikir melakukan perkara yang tidak sepatutnya”, katanya.

Dalam ingin membantu menyara keluarganya, bekas guru itu telah mengambil keputusan untuk menjual sandwic demi meringankan beban keluarga. sandwic

Berkongsi pengalaman menjual sandwic, bekas guru itu menceritakan selepas dia melahirkan anak kelima, dia mengalami kenaikan berat badan yang ketara.

“Pada masa itu, berat badan saya mencapai 80kg. Saya mendapati sukar untuk menurunkan berat badan”

“Jadi saya fikir makanan yang sesuai dan boleh dimakan setiap hari ialah sandwic dengan mempelbagaikan jenis inti yang sesuai untuk diet”

Selepas itu, Mien turut berkongsi makanan sihatnya di media sosial. Dia tidak menyangka mendapat sambutan daripada rakan-rakan terdekat sebelum mula menerima tempahan.

Kini, selepas enam bulan memulakan perniagaan, sandwic dari resipi sendiri itu mula mendapat sambutan meluas dan tular di media sosial.

Sehingga kini, Mien menyediakan sandwic dengan 20 jenis inti menggunakan bahan segar kerana dimasak sendiri di rumah. sandwic

Menurutnya, pengorbanan yang dilakukan untuk meletak jawatan sebagai seorang guru itu berbaloi kerana dapat menguruskan keluarga serta membantu orang ramai dari segi pemakanan yang sihat.

Mien juga menyimpan impian untuk menjadi guru kepada mereka yang berminat membuat dan berniaga makanan sihat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan jalan untuknya dalam mencari rezeki.

Untuk info tambahan, sesiapa yang ingin melihat resipi pelbagai Sandwic di Daily Makan, boleh rujuk di sini.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Cara Buat Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur, Sedap Sangat Hingga Boleh Dimakan Begitu Saja

tags: | |