Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur, Sedap Sangat Hingga Boleh Dimakan Begitu Saja

Cara Buat Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur, Sedap Sangat Hingga Boleh Dimakan Begitu Saja

Kategori: ,,
Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur

Kalau selalu makan lauk ikan dan ayam, kita juga akan cepat berasa bosan, kan? Kalau begitu, apa kata ubah selera dan cuba menyediakan lauk sayur pula hari ini?

Di sini kami ingin berkongsi resepi kacang buncis belacan ikan bilis bersama telur yang ringkas dan sedap dimakan. Ia telah diolah oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur, Sedap Sangat Hingga Boleh Dimakan Begitu Saja

Bahan-bahan

  • 25 batang kacang buncis (dipotong serong)
  • 2 sudu ikan bilis (dibasuh dahulu)
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3 batang cili merah (dikisar)
  • 2 batang cili padi (dikisar)
  • 1/4 bawang besar (dihiris)
  • 1 batang cili merah besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah enam)
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk belacan – dapatkan di sini
  • Minyak masak secukupnya Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur

Cara-caranya

  1. Sediakan bahan kisar dan kisar dalam penggisar sehingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga separuh masak. Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur
  3. Di dalam kuali yang Sama, tumis bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga cili masak atau sehingga pecah minyak. Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur
  4. Masukkan telur dan pecahkan ke dalam kuali, gaul rata bersama cili dan ikan bilis. Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur
  5. Tambahkan sos tiram, sos ikan, serbuk belacan sayur, bawang, tomato dan cili. Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur
  6. Gaul rata dan masak seketika. Siap untuk dihidang. Kacang Buncis Belacan Ikan Bilis Bersama Telur

Kacang buncis belacan ikan bilis bersama telur ini sangat enak dinikmati dengan begitu sahaja, tapi kalau digaul dengan nasi putih pun sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nurul Ateekah

Baca Juga: Resepi Ayam Singgang, Mudah Saja Nak Sediakan. Rasa Pun Memang Sedap!

tags: | |