Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Begitula Ming Rasanya Berperang Sambal Awak” – Khairul Aming ‘Berperang’ Beli Tiket Coldplay, Netizen Beri Persamaan Sama Sambal Nyet Beliau

“Begitula Ming Rasanya Berperang Sambal Awak” – Khairul Aming ‘Berperang’ Beli Tiket Coldplay, Netizen Beri Persamaan Sama Sambal Nyet Beliau

Kategori:

Seperti kita tahu, bahawa Khairul Aming ini adalah antara influencer yang terkenal di Malaysia kerana beliau seorang yang pemurah. Pemurah dari segi resipi masakan, suka memasak untuk orang lain dan tidak kedekut untuk review makanan daripada small business.

Beliau baru sahaja menulis ciapan di akaun Twitternya apabila beliau tidak dapat membeli tiket Coldplay. Namun, netizen samakan pula apabila mereka tidak dapat membeli sambal nyet beliau.

“Begitula Ming Rasanya Berperang Sambal Awak” – Khairul Aming ‘Berperang’ Beli Tiket Coldplay, Netizen Beri Persamaan Sama Sambal Nyet Beliau

Khairul Aming menulis ciapan di Twitter beliau dengan mengatakan,

“Pukul 12 tengah hari dapat 4 tiket standing. Walaupun que dalam toilet dari pagi dapat jugak beli” ujar beliau di dalam ciapan Twitter tersebut.

Coldplay

Beliau sanggup meletakkan komputer ribanya di dalam bilik air ketika menunggu untuk membeli tiket Coldplay tersebut.

Namun, ada netizen yang juga membalas ciapan beliau dengan menulis,

“Begitu la ming rasanya berperang sambal awak.” ujar ciapan Saem.eth.

Coldplay

Seperti kita tahu bahawa Sambal Nyet Khairul Aming ini cepat terjual dalam masa 1 minit sahaja. Masukkan berapa banyak stok pun, akan licin habis terjual dibeli oleh netizen Malaysia ini.

Kini giliran Khairul Aming pula lalui apa yang netizen terseksa ketika menunggu membeli Sambal Nyet beliau.

Coldplay

Semoga Khairul Aming bertabah ketika membeli tiket Coldplay ini kerana konsert kali ini sepertinya rakyat Malaysia ramai yang akan datang.

Baru Dia Rasa Macam Mana Kami Semua Beli Sambal Nyet Dia

Meninjau di ruangan ciapan jarutan Twitter Khairul Aming ini, warganet di laman media sosial itu ramai memberitahu bahawa ini adalah karma untuk Khairul Aming.

Coldplay Coldplay Coldplay Coldplay

Semoga Khairul Aming bertabahlah untuk beratur secara online untuk membeli tiket Coldplay ini kerana semestinya ramai rakyat Malaysia yang juga beratur.

Bukan mudah untuk dapatkan Coldplay untuk datang buat konsert di Malaysia ini.

Kredit: Khairul Aming

Baca Juga: 13,000 Botol Sambal Nyet Khairul Aming Sold Out Dalam Masa 2 Minit, Ini Paling Laju Habis Sepanjang 3 Tahun Berniaga

tags: | |