Sebagai seorang insan, semestinya kita akan menghadapi pelbagai ujian yang mencabar. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada pula kehilangan insan yang tersayang. Perkara itu amatlah menyayat hati, namun kehidupan perlu diteruskan bagi memikul tanggungjawab yang masih ada.
Demi mencari rezeki buat keluarga di rumah, ramai yang memilih untuk meniaga secara kecil-kecilan. Sedikit sebanyak hasil itu dapat menyara anak-anak. Namun begitu, untuk meniaga ini tidak mudah. Ada yang meniaga sehingga ke malam, ada pula yang terpaksa meniaga meskipun berada dalam kepenatan sehingga tertidur. Kesian pula bila dilihat.
Di laman TikTok, seorang pengguna, saharuddinamirullah, memuat naik sebuah video, berkongsi pertemuaannya dengan seorang peniaga di sebuah gerai kecil di tepi jalan.
Ternampak peniaga itu lena tidur sambil menanti pelanggan, terdetik rasa kesian di hatinya. Memberhentikan kenderaannya, dia terus menuju ke gerai tersebut untuk membeli hasil jualannya. Mengejutkan peniaga dari tidurnya, lelaki itu selesa berbual dengan peniaga itu.
Meskipun dalam keadaan mamai, peniaga tersebut sedia melayaninya dengan mesra dan sempat lagi menceritakan kesulitan yang terpaksa dihadapinya pada ketika ini.
Bila ditanya mengenai keberadaan suaminya, peniaga itu berkongsi bahawa dia baru sahaja kehilangan suaminya dan terpaksa menyara anak-anak seorang diri. Bersimpati melihat peniaga itu, lelaki itu membeli segala jualannya. Dia turut mengajak orang ramai supaya menyokong peniaga kecil seperti peniaga tersebut.
https://www.tiktok.com/@saharuddinamirullah/video/7035284427013950746?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8w5GbabDvsMWesl354HO7dli6wNTVEnGWvfv1XYqVUSq3IRDGVX6LX%2FeqoPyGSf71VcMuPxCGCB2KsbvIGgA%3D&checksum=40b83752e21a8b1a43ace2ff54ba63f13116d5747720cad609d7d5ff9f584827&language=en&mid=6789701667144091650&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7035284427013950746&share_link_id=eb48bcbc-adf5-4c7b-84f8-5d72720f3e11&source=h5_t×tamp=1638846064&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@saharuddinamirullahJom kita borong 😋 ##misikecil ##kehidupan ##hidupmemberimakna♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan
Menjengah di ruangan komen, tindakan lelaki itu dipuji oleh warganet. Tersentuh dengan kebaikannya, ada juga yang menitis air mata melihatnya.
Rasa bersimpati melihat peniaga berada dalam kesusahan dan terpaksa mengharungi penat lelah semata-mata untuk menyara keluarga.
Semoga kebaikan yang dilakukan lelaki ini menjadi contoh baik buat kita semua. Tak salah jika kita menyokong peniaga kecil supaya mereka dapat meneruskan kehidupan di waktu yang mencabar seperti sekarang ini.
Kredit: TikTok saharuddinamirullah