Bagi penggemar kopi, mesti dah tahu yang kopi ini terdapat pelbagai jenis. Ada yang nampak dan dengar macam serupa tapi sebenarnya jauh sangat berbeza dan tidak serupa.
Contohnya, ramai yang masih keliru mengenai kopi cold brew. Masih ramai yang berpendapatan bahawa ia serupa dengan kopi espresso.
Jangan! Marah nanti peminat kopi.
Kalau tak tahu, jom kenali dulu apa itu kopi cold brew. Satu perkongsian oleh Jidin Giding di group Sekolah Kopi boleh membantu anda ketahui kaedah dengan lebih mendalam agar tidak tertukar dengan kopi espresso.
Secara ringkasnya, cold brew ini adalah kaedah memproses kopi kisar (ground coffee) dengan air sejuk. Kemudian, kopi kisar tersebut direndam atau diperam selama 12 hingga 24 jam pada suhu bilik ataupun di dalam peti ais. Setelah itu proses tapis atau saring serbuk kopi dilakukan dan tinggallah kopi cold brew yang boleh diminum terus atau di simpan sehingga tempoh 2 minggu.
Satu lagi keistimewaan kopi cold brew ini ialah rasanya lebih lembut dan kadar asidnya rendah. Bahkan, jika menggunakan kopi biji (whole beans) yang segar (fresh) biasanya kita dapat menikmati kopi cold brew ini mengikut rasa asli kopi biji seperti kacang (nutty), bunga-bungaan (flowery), atau kayu manis (cinnamon).
Namun ada juga pihak lain yang menggunakan kopi biji yang telah lama yang tidak digunakan (wasted) atau yang telah terdedah kepada udara (tidak fresh) bagi mengelakkan pembaziran.
Jika anda berminat untuk buat Kopi Cold Brew ini, boleh juga rujuk video ini untuk langkah demi langkah:
Terdapat beberapa pandangan dan tips yang dikongsikan oleh rakan Sekolah Kopi yang boleh dicuba:
Manakala espresso pula merupakan kopi biji (whole bean) yang dikisarkan dengan mesin kisaran yang bersesuaian serta dengan suhu sehingga 90 darjah celcius bagi menghasilkan kopi pekat samada one shot sekitar 40gram atau double shot sekitar 80gram.
Pada dasarnya, proses membuat espresso dan cold brew berbeza adalah bagaimana cara kopi biji itu dikisar kemudian penggunaan air panas bagi espresso manakala air yang sejuk untuk kopi cold brew. Namun jika proses ini tidak sempurna, rasa kopi lebih mudah asidik dan lebih pahit.
Kemudian, dari espresso inilah kedai seperti Starbucks, Coffee Bean membuat latte, cappucino, caramel macchiato dan sebagainya dengan campuran susu yang di steam serta perisa seperti caramel, vanilla, hazelnut dan lain lain perisa. Sangat jarang kedai menjual kopi cold brew kerana faktor cara proses yang lebih lama berbanding espresso.
Gambar di bawah adalah perbezaan Kopi Cold Brew dan Kopi Ais atau Kopi O Ais iaitu campuran espresso, ais dan air.
(Kredit IloveCoffeeJP)
Sekarang kita dah tau, rupa-rupanya kopi espresso ini berbeza dengan cold brew. Semoga artikel ini dapat membantu memberi anda pencerahan.
Nota: Artikel ini adalah hasil kerjasama antara team DailyMakan dan Group FB Sekolah Kopi.
Kredit: Jidin Giding, admin Sekolah Kopi.
Baca Juga: Mana Peminat Kopi? Meh Cuba Kopi Dalam Botol Dengan Rasa Yang ‘Premium’ Ini