Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Harga Cekik Darah, Bil Di Restoran Salt Bae Cecah Lebih 10 Ribu Ringgit. Warganet Berang!

Harga Cekik Darah, Bil Di Restoran Salt Bae Cecah Lebih 10 Ribu Ringgit. Warganet Berang!

Kategori:
salt bae

Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae merupakan seorang chef selebriti yang sangat dikenali di pelbagai laman sosial, terutamanya di Instagram dan TikTok.

salt bae

Video yang dimuat turun sering mendapat jutaan views, malah, meskipun anda tidak mengemari memasak, videonya mesti akan berjaya menghiburkan anda.

Kejayaan yang dinikmati bukan sahaja di laman sosial. Umum sudah tahu bahawa beliau turut mempunyai restoran Nusr-Et yang bertaraf dunia. Restoran itu mempunyai beberapa cawangan di Turki, Greece, Amerika Syarikat, United Kingdom, UAE, Qatar dan Saudi Arabia.

salt bae

Restoran tersebut sering dikunjungi oleh selebriti dan ahli sukan ternama seperti Jason Statham, Gemma Collins, Conor McGregor dan ramai lagi. Ianya menjadi idaman ramai untuk ke sana dan merasai hidangan dan melihat gelagat Salt Bae.

Harga Restoran Sangat Mahal, Warganet Tak Puas Hati.

Bagi yang bertuah untuk ke restoran chef selebriti tersebut, mereka perlu bersiap sedia apabila melihat bil yang dikenakan. Jangan terkejut, satu bil boleh mencecah £ 1812 (RM 10,273)! Harga mahal itu dipertikaikan oleh seorang warganet di Twitter.

salt bae

Jelasnya, anda turut dikenakan caj semata-mata untuk menyaksikan aksi ikonik Salt Bae di meja anda. Malah, harga servis caj boleh dihabiskan pada kawan-kawan dan keluarga pada hari hujung minggu. salt bae

Warganet Pertikai Harga Yang Mahal.

Di ruangan komen Tweet tersebut, terdapat beberapa warganet yang pertikaikan harga yang dikenakan. Malah, untuk pengetahuaan anda, harga satu tin Red Bull boleh cecah £ 11 (RM 62).

salt bae

Tidak dapat dinafikan harga yang dikenakan agak mahal jika dibandingkan dengan restoran biasa. Bagi anda yang berkemampuan dan ingin merasai suasana dan pengalaman di restoran Salt Bae, boleh lah ke salah satu cawangan steakhousenya.

Kredit: Twitter LeeJarvis10

Baca Juga: “Dia Bukaknya Mata Orang Tu…” Gelagat Khaby Lame Dan Chef Burak Yang Menghiburkan Di TikTok Cuit Perhatian Orang Ramai

tags: |