Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “The Definition Of Sok Ohs” – Bila Terlampau Kenyang, Orang Kelantan Tidak Akan Sebut Perut Kenyang Tetapi “So’oh Perut”!

“The Definition Of Sok Ohs” – Bila Terlampau Kenyang, Orang Kelantan Tidak Akan Sebut Perut Kenyang Tetapi “So’oh Perut”!

Kategori:

Di Malaysia ini, banyak berbilang kaum yang hidup di Malaysia ini seperti Cina, India, Bajau, Iban, Melayu dan banyak lagi. Jadi, semestinyalah banyak adat dan tradisi daripada mereka dan anak-anak sekolah harus cuba belajar budaya mereka.

Lain pula dengan negeri-negeri yang ada di Malaysia, mereka pula mempunyai dialek mereka sendiri. Seperti negeri Kelantan, untuk orang yang bukan berasal dari Pantai Timur pasti akan pelik apabila mereka bercakap sesama sendiri. Perkataan daripada mereka sangat berlainan dengan negeri bukan Pantai Timur.

Seperti dalam video ini, dua orang pegawai Polis Wanita baru sahaja sudah makan dan tidak sebut perut kenyang malah “so’oh perut” dalam dialek Kelantan.

“The Definition Of Sok Ohs” – Bila Terlampau Kenyang, Orang Kelantan Tidak Akan Sebut Perut Kenyang Tetapi “So’oh Perut”!

Video ini dikongsikan oleh cikyanass apabila menunjukkan gelagat kawannya yang baru sahaja melepaskan belt yang ketat dan menunjukkan muka yang lega.

Netizen terhibur apabila melihat gelagat beliau kerana menunjukkan reaksi yang terkejut apabila kantoi kawannya sedang merekod beliau.

perut kenyang

Mana tidaknya, cuba letakkan diri kita sendiri apabila perut terlampau kenyang. Semestinya kita berasa sangat ketat di bahagian perut apabila kita memakai belt atau bengkung, dan apabila melepaskannya berasa lega yang teramat.

Sama juga dengan reaksi polis wanita ini, tidak tersekat di perut lagi apabila melepaskan belt tersebut.

perut kenyang

Apabila melihat kepada perkataan di gambar tersebut. “Kenye pedal lepas make” yang bermaksud, Terlampau Kenyang Selepas Makan. Boleh dicatatkan sebagai ayat baharu yang belajar tentang dialek Kelantan.

@cikyanass Senkak penrut adik kankak😌 #capcutedits #fyp #CapCut #masukberanda #HelloHongKong #PlayWithOreoBlackpinkMY #masukberandafyp #trending #funny #kelantantiktok #fypage #fypage #esekeli #dj #jedagjedug ♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Sampai Sini Rasa Lega Akak

Meninjau di ruangan komen, ramai yang beranggapan bahawa mereka juga sama seperti pegawai polis wanita ini apabila selesai makan makanan yang banyak. Apatah lagi selesai makan tengah hari, mata akan mula rasa mengantuk.

“Ingat laki je macam ni, rupanya sama lah.”, komen netizen bernama yanktshirt mengatakan bahawa ingat lelaki sahaja yang merasakan perihal ini rupanya perempuan juga sama.

perut kenyang perut kenyang perut kenyang

perut kenyang

Banyak benda yang boleh belajar daripada negeri-negeri orang lain, seperti dialek, budaya, adat dan sebagainya.

Cubalah untuk berkawan dengan kawan-kawan dari negeri lain untuk tambah ilmu pengetahuan baru.

Kredit: cikyanass

Baca Juga: Singgang Daging Kelantan Yang Mudah Dan Sedap, Sekali Makan Memang Terpana. Ini Dia Resepinya..

tags: | |