Langkau ke kandungan

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

Resipi

9 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
biskut cornflakes crunchy

Ini dia resepi biskut cornflakes crunchy chocolate chips yang mudah. Hanya menyukat guna cawan sahaja. Dan yang paling penting biskut cornflakes crunchy chips ni sangat sedap.

Anak-anak mesti suka sebab ada coklat chips. Bukan setakat anak-anak, mak bapak pun pasti suka. Jom lihat resep lengkap di bawah ini.

Cara Buat Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate

Bahan-bahan:

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, ramaskan sedikit)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Cara-cara:

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, tak perlu diayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond. Gaul sebati.
    Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Sukatan Cawan Yang Mudah

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nurul Syuhada Che Din Via MAHN

Baca juga:Ini Cara Buat Chocolate Eclairs Yang Sedap Hanya Dengan 4 Bahan, Tak Perlu Bakar Pun

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa