Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

Kategori:
biskut raya

Salah satu kekhawatiran yang selalu terjadi semasa perayaan Hari Raya adalah biskut raya yang dibuat atau dibeli akan masuk angin kerana kekurangan kedapan balang raya ataupun biskut raya tidak sempat disimpan dengan baik kerana jumlahnya yang banyak di rumah.

Sesetengah daripada kita akan membuangnya kerana merasakan biskut raya yang masuk angin berkenaan telah rosak dan tidak dapat dimakan.

Tetapi, tahukah anda bahawa biskut yang telah masuk angin boleh dikembalikan lagi kerangupannya dengan cara yang mudah dan senang? Dengan kaedah ini, pembaziran dapat dielakkan.

Satu video perkongsian daripada laman TikTok yang dikongsi oleh @n_iyliamarz memberi pengetahuan baharu kepada orang ramai yang tidak tahu tentang life hacks atau tips untuk biskut lemau ini.

 

Biskut Raya Masuk Angin? Jangan Buang, Ikut Tips ini!

@n_iyliamarz Jangan lepas raya terus nak buang tau! Membazir amalan x baik 🤗 #businesscheck #fyp #buwatjetiktok #foryoupage #raya2022 #gawai2022 ♬ Glitch Mode Raya Remix – Abe Moon
  1. Letak biskut raya yang masuk angin/lemau ke dalam dulang oven.
  2. Susun dalam keadaan terbalik setiap biskut yang diletak.
  3. Masukkan dalam oven selama 10-15 minit dalam kadar suhu 120 darjah celcius – 150 darjah celcius.
  4. Biskut yang lemau akan kembali rangup dan sedap.

Tambahnya di ruangan komen, untuk life hacks ini, semua jenis biskut yang masuk angin boleh gunakan cara ini kecuali biskut yang sudah disaluti dengan coklat. Misalnya, biskut Almond London, Marble Chocolate dan lain-lain.

Guna Oven Untuk Kembalikan Kerangupan Biskut Lemau!

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang sama tetapi dengan cara yang berbeza. Salah seorang daripada netizen dengan nama Anie_87 berkata, “dalam air fryer pun boleh. Selau buat, kadang-kadang anak makan biskut tapi tutup tak ketat masuk angin,” jelasnya.

Guna Air Fryer Pun Boleh!

biskut raya

Dah tahu life hacks dan tips untuk kembalikan kerangupan biskut lemau ini kan? Jadi, boleh lah cuba dan dah tak perlu risau akan pembaziran biskut raya. Tetapi, hati-hati memilih biskut raya dan bezakan antara biskut raya lemau ataupun rosak.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semua!

Sumber: n_iyliamarz

Baca juga: Ini Dia Cara Memilih Buah Tembikai Yang Betul-Betul Manis, Teknik Ini Berguna Sangat!

tags: | |