Biskut Semperit Marmar

Assalamualaikum semua, tercari-cari resepi semperit marmar yang sedap? Sebab kita tahu biskut semperit yang rangup dan melting dimulut antara kriteria penting bagi biskut semperit yang sedap. Jadi sila ikuti betul-betul bahan yang ada dibawah untuk biskut semperit yang sedap.

Bahan – bahan :

  • 250 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 sudu kecil esen vnila
  • 150 g tepung kastard
  • 120 g tepung gandum
  • 140 g tepung jagung
  • Pewarna merah jambu

Cara – cara :

  • Masukkan 250g buttercup, 100g gula asing, esen vanila 1 sudu kecil, kemudian pukul sebati.
  • Masukkan 120 tepung gadung, 140g tepung jagung, 150g tepung kastard, kemudian uli sebati hingga menjadi doh.
  • Ambil 1/4 doh kosong dan warnakan dengan pewarna merah jambu
  • Cantumkan doh kosong dengan doh merah jambu, selepas itu masukkan adunan ke dalam acuan.
  • Bakar pada suhu 150 celcius selama 30 minit & siap.

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 10 times!)