Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Aku Kena Perah Nenen Lembu, Bukan Petik Daun Tepi Jalan” – Bos Susu Kecewa Produksi Tidak Peka, Slot Iklan Dipendekkan

“Aku Kena Perah Nenen Lembu, Bukan Petik Daun Tepi Jalan” – Bos Susu Kecewa Produksi Tidak Peka, Slot Iklan Dipendekkan

Kategori:
bos susu

Penaja utama program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azmi atau lebih dikenali sebagai Bos Susu meluahkan rasa kecewa apabila pihak produksi didakwa tidak peka dengan slot iklan yang diperuntukkan untuknya.

Tegasnya menerusi satu hantaran di Facebook, klip satu minit berkenaan amat penting dalam menjana kembali tajaan yang diberikan pihaknya dengan nilai jutaan ringgit.

“GV (Gegar Vaganza) kali ini aku stres beb, takkan nak pantun je untuk klip aku yang satu minit, orang pun bosan, Dewan Bahasa pun bosan nanti, bukan senang nak jual susu ni.

“Aku ada satu minit untuk capture attention enam juta penonton, dah la minggu lepas klip aku kena potong, hangin satu badan aku masa konsert tu.

Bos Susu Kecewa Produksi Tidak Peka, Slot Iklan Dipendekkan

“Lepas je segmen aku tu habis, korang tak nampak aku dekat seat lagi kan? Aku pergi ke bilik operasi minta penjelasan,” tulis Azmi yang turut dikenali dengan gelaran ‘bos susu’.

Susulan daripada tindakan penganjur yang secara tiba-tiba memendekkan segmen khas ketika Program ASGV pada minggu keempat, Azmi memohon mereka agar memahami peranannya sebagai penaja.

Faham Situasi Penaja, Sponsor Untuk Niaga Bukan Untuk Glamour

“Pejam celik, dah nak sampai minggu kelima, minggu ni dah nak fikir nak buat apa, bagi aku klip satu minit sangat berharga.

“Tu yang aku cakap dengan orang Astro, support la, jangan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni, buat acuh tak acuh je.

“Aku taja sebab bisnes, untuk naikkan jualan, bukan untuk glamour, nak bayar juta-juta dekat Astro, aku kena perah nenen lembu aku, bukan aku petik daun tepi jalan,” tulisnya lagi.

Luahan yang dibuat oleh Azmi itu nyata menarik perhatian ramai. Ada segelintir warganet sedar dengan tindakan pihak penerbit yang secara tiba-tiba memotong segmen khas Farm Fresh dalam konsert minggu lalu.

Semoga kedua-dua pihak berbincang dengan baik dan sepakat melalui solusi yang memberi keadilan kepada semua.

Sumber: Azmi Zainal

Baca juga: Barista Kongsi Kisah Makan Baki Makanan Pelanggan Tak Habis, Ramai Kongsi Hadapi Pengalaman Sama

tags: | |