Tak semua orang beruntung untuk membesar dengan atuk dan nenek sehingga dewasa. Ketika kedua-dua ibu bapa sibuk mencari rezeki, kebanyakkan anak-anak membesar di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.
Apabila anak-anak sudah dewasa, tabiat bergurau dengan datuk dan nenek itu masih ada. Jadi adakalanya kita suka mengusik mereka untuk melihat reaksi mereka.
Hal itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi akaun kirburn di laman TikTok yang ingin bergurau dengan datuknya.
Merancang untuk melakukan sebuah prank, dia melihat sepapan telur ayam di dapur yang mempunyai beberapa ruang kosong.
Mengambil sebiji buah pelam yang mempunyai sedikit kekuningan dan kehijauan, dia meletakkan di ruangan kosong papan telur tersebut dan menyamarkannya sebagai telur ayam.
Ingin mengusik datuknya, dia mengambil warga emas itu untuk melihat telur ayam tipu tersebut dan memberitahunya bahawa ia telah rosak dari warnanya.
Pada mulanya, datuknya kelihatan percaya dan memberitahu bahawa telur ayam itu sudah tidak boleh pakai tapi bila dia mengambilnya untuk diperiksa, dia baru tersedar bahawa dirinya telah terkena prank.
Terdiam seketika, warga emas itu hanya mampu memberitahu, “Ini la pelam telur!”. pada cucunya.
@kirburnkemuroq 🤣♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang melihat datuk lelaki itu berasa tercuit hati dengan gelagat comelnya. “Comelnya tok wan!”, kata seorang pengguna.
Ada juga yang teringat pada datuk masing-masing. “Hm, tiba-tiba rindu dekat tokwan.”, luah seorang wanita.
Terhiburnya bila lihat gelagat dua beranak ini, kan? Rasa terus teringat pada kenangan bergurau dengan datuk dan nenek kita sewaktu kecil.
Siapa yang masih bertuah untuk masih mempunyai datuk dan nenek, luangkan sedikit masa dengan mereka. Bagi mereka yang sudah pergi, kita hanya mampu sedekahkan doa bagi mengingati mereka.
Kredit: kirburn
Baca Juga: “Bergegar Bangunan!” – Ikut Arahan Kentang Goncang KFC, Wanita Ini Pecah Perut Lihat Gelagat Kawan