Berkongsi rezeki sesama makhluk di muka bumi ini merupakan satu amalan yang perlu diamalkan semua. Ia mengajar diri kita untuk lebih bersyukur dan menghargai rezeki yang ada.
Bukan sahaja dengan manusia, malah kita juga digalakkkan untuk berkongsi rezeki dengan haiwan. Jadi bila pergi ke mana-mana, apa salahnya kita membeli sedikit makanan untuk diberinya? Namun, hati-hati dan jangan terlalu pelik bila berbuat begitu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanda-tanya dari mereka yang memerhati.
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita, wawa.mrzk yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi caranya.
Mengunjungi ke sebuah taman rekreasi untuk meluangkan sedikit masa dengan anak-anak, mereka ke tepi tasik bagi memberikan makan pada ikan-ikan yang ada.
Membeli sebungkus roti dan beberapa botol makanan ikan, wanita itu memikirkan cara lain untuk memberi makan pada haiwan dalam tasik tersebut.
Diambil sekeping roti, dia kemudian menuang sedikit makanan ikan yang kemudiannya di sapu rata pada permukaan roti.
Selepas melipatnya seperti roti sandwich, dia terus membahagikannya pada dua dan terus dicampak ke dalam tasik.
@wawa.mrzk♬ original sound – zzack🍁
Meninjau di ruangan komen, orang ramai yang pada mulanya keliru akhirnya sedar bahawa sandwich yang disediakan bukannya untuk dimakannya tapi pada ikan-ikan yang ada dalam tasik tersebut.
“Ingat nak makan tadi, rupa-rupanya kasi ikan!”, cerita seorang pengguna. Manakala komen seorang lagi, “Ingat tengah tabur biscoff!”.
Ingatkan roti sandwich apa la, rupanya yang dah ditabur dengan makanan ikan. Nasib baik tak ada yang terliur untuk cuba.
Walau apapun, bagus juga wanita ini kerana tidak kedekut untuk berkongsi rezeki dengan haiwan walaupun caranya mungkin lain dari yang selalu.
Kredit: wawa.mrzk