Cuaca panas-panas ni memang best kalau dapat minum sesuatu yang menyejukkan tekak. Apa kata jom cuba buat sendiri menu penyejuk tekak ini iaitu laicikang. Buat sendiri boleh letak macam-macam mengikut citarasa masing-masing, baru puas hati.
Jom ikuti cara-cara membuat laicikang perkongsian oleh Chenta Abadi di bawah.
Cara Buat Laicikang Sendiri Di Rumah
Bahan-bahan:
- Biji selasih (rendam)
- Buah kembang semangkuk (rendam dgn air panas)
- Barli (rebus)
- Fungus putih (rebus)
- Buah kurma merah (rebus letak gula / gula dan daun pandan)
- Buah longan kering (rendam dgn air panas)
- Cincau
- Kacang tanah panggang
- Kismis
- Buah kabung
- Biji Sagu
- Buah laici (dalam tin)
- Halwa kundur
- Buah pala (kering) tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka buah pala
- Agar2 kosong (merah / hijau) tp hari tak sempat buat.
- Ais
Cara-cara:
- Air rebusan buah kurma merah dah manis macam air gula. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
- Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
- Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw!