Pernah tak korang tanam pokok, tapi hanya lebat dengan daunnya sahaja, hasil buah kurang memuaskan. Pasti jadi masalah yang selalu difikirkan, kan? Jangan risau, setiap masalah ada solusinya. Kita ikhtiar dulu ya.
Misalnya lagi, di sekitar kawasan rumah ada pokok buah, tapi daun sahaja yang lebat dan buahnya tak pernah ada walaupun pokok dah besar. Apa nak buat dengan pokok yang dah matang macam ni?
Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah buat kaedah pruning. Perkongsian daripada Asri Atan ini dijadikan panduan. Ada pokok buah di kebun/dusun/tepi rumah, tapi daun sahaja lebat, buah tiada? Cuba buat teknik pruning!
Pemangkasan pada dasarnya adalah membuang mana-mana bahagian pokok yang tidak diperlukan seperti tunas air, ranting yang melepai ke tanah, berpenyakit atau rosak dan dahan yang meninggi.
Teknik pemangkasan yang betul boleh membawa pulangan hasil lumayan kepada tanaman yang anda usahakan.
Terdapat 3 pemangkasan iaitu sistem batang uatama, sistem terbuka tengah dan sistem terbuka tengah diubahsuai.
Semoga teknik pruning perkongsian ini bermanfaat buat semua!
Sumber: Asri Atan
Baca juga: Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!