Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini 2 Cara Betul Simpan Santan Kotak Selepas Guna, Baru Tahan Lama & Tak Berketul

Ini 2 Cara Betul Simpan Santan Kotak Selepas Guna, Baru Tahan Lama & Tak Berketul

Kategori: ,
Cara Betul Simpan Santan Kotak

Walaupun santan kotak ini tahan lebih lama berbanding yang segar, saki bakinya perlu lah disimpan secara elok bagi memastikan ia masih lagi boleh digunakan kemudian.

Namun, ramai yang tak tahu caranya dan hanya membiarkan kotak yang terbuka itu di dalam peti ais. Bila nak digunakan, terus potong mood bila melihatnya sudah berketul dan berbau masam.

Jangan risau, di sini kami berkongsi dengan anda dua cara betul simpan santan kotak selepas menggunakannya. Tips ini dari cikrey_ana32 di TikTok. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ini 2 Cara Betul Simpan Santan Kotak Selepas Guna, Baru Tahan Lama & Tak Berketul Cara Betul Simpan Santan Kotak

1. Cara Pertama 

Bahan-bahan

  • Plastik
  • Getak
  • Bekas kedap udara

Cara-caranya

  1. Tuangkan sisa santan kotak dalam plastik dan ikat ketat menggunakan getah.
  2. Masukkan dalam bekas kedap udara.
  3. Simpan dalam peti ais (pastikan santan tidak terdedah langsung pada udara).

2. Cara Kedua Cara Betul Simpan Santan Kotak

Bahan

  • Ziplock bag

Cara-caranya

  1. Letakkan santan kotak dalam ziplock bag.
  2. Pastikan tutup rapi dan tidak terdedah pada udara.
  3. Simpan dalam peti ais, guna dalam masa lima hari.

Tonton video di bawah untuk lebih penjelasan.

@cikrey_ana32

Santan kotak paling renyah! Pakai sikit esok dah tak okay kan? #gengdapur mesti selalu dah ni. Jom try tips ni! Kita dah siap seminggu simpan pon elok tak ketul 💪🏻 #fyp #fypシ #santan #kotak #gengdapur #kitchen #kitchenhacks #tipsandtricks #freesiabox #freesiabox_barangdapurmurah

♬ Dj Jalan Pargoy X Goyang Jaypong – DJ MIFTAH

@cikrey_ana32 Santan kotak paling renyah! Pakai sikit esok dah tak okay kan? #gengdapur mesti selalu dah ni. Jom try tips ni! Kita dah siap seminggu simpan pon elok tak ketul 💪🏻 #fyp #fypシ #santan #kotak #gengdapur #kitchen #kitchenhacks #tipsandtricks #freesiabox #freesiabox_barangdapurmurah ♬ Dj Jalan Pargoy X Goyang Jaypong – DJ MIFTAH

Jadi bagi anda yang selalu menghadapi masalah santan kotak cepat rosak atau tak tahu cara untuk menyimpannya, guna lah tips yang telah dikongsikan ini. Memang berkesan dan boleh lah berjimat, tak perlu beli santan dah selepas ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: cikrey_ana32

Baca Juga: Bawang Lebihan Selalu Layu & Terpaksa Buang? Ikut Tips Ini Supaya Kekal Elok Hingga 4 Hari

tags: |