Cara Buat Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam, Guna 4 Bahan Sahaja!

Kalau pergi pasar malam wajib cari ayam bakar madu ni. Memang menyelerakan. Tapi sejak musim PKP ni, semua buat sendiri je kat rumah. Kalian pun mesti dah masak macam-macam bukan? Jadi kali ini, jom try buat ayam bakar madu ala pasar malam ni pulak. Memang sesuai untuk berbuka puasa, anak-anak pasti suka.
Cara Buat Ayam Bakar Madu Ala Pasar Malam
Bahan-bahan:
- Serbuk cili babas
- Garam
- Gula @ madu
- Ajimamoto (jika suka)
Cara-cara:
- Letakkan kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing.
- Kacau semua bahan biar menjadi pes. (letak air)
- Gaulkan pes dan ayam hingga sebati. Perap selama 5-6 jam, lagi lama lagi sedap.
- Bakar separa masak. Kemudian celupkan semula dalam perapan tadi, sambung bakar kembali sehingga masak. Ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering.
Kredit: Nurul Alieya
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Murtabak Mini Guna Kulit Popia Je, Sedap Dan Cepat
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/dailymakan
