Baked Potato merupakan hidangan popular di negara Barat, terutamanya di Amerika Syarikat. Sering dimakan sebagai main course, terdapat pelbagai bahan yang boleh ditambah untuk menyedapkan lagi rasanya.
Kalau anda nak menjualnya, tentu laku keras. Tak tahu resepi mana satu yang mudah untuk disediakan? Ikuti resepi baked potato cheezy cheese yang telah diolah oleh Jamiah Tulisman. Memang mudah dan ringkas sahaja rupanya!
Wanita Ini Kongsi Cara Baked Potato Cheezy Cheese, Sangat Creamy. Kalau Jual Memang Laku Keras!
Bahan-bahan
- Kentang
- Isi ayam (dicincang kecil-kecil)
- Bawang holland (potong dadu)
- Bawang putih (dicincang)
- Sedikit halia (dicincang)
- Lobak merah (potong dadu kecil-kecil)
- Daun sup (hiris halus)
- Maggi Secukup Rasa
- Garam
- Gula
- Serbuk lada sulah
- Susu cair atau susu segar
- 1 atau 2 keping kepingan keju
- Oregano – nak murah? dapatkan yang ini
Sos yang digunakan
- Sos cili
- Sos lada hitam
- Sos keju – guna yang ini untuk rasa keju yang lebih asli
Cara penyediaan
- Mula-mula korek isi kentang. Bila sudah siap, ketepikan isi kentang itu.
- Tumis bawang holland, putih dan halia. Masukkan isi ayam cincang.
- Kacau rata sehingga masak dan masukkan lobak merah. Biarkan empuk seketika dan masukkan daun sup. Kacau rata, masukkan garam, gula, Maggi Secukup Rasa, serbuk lada sulah. Kacau hingga kering.
- Masukkan isi kentang yang telah dikorek tadi.
- Kacau lagi hingga rata. Tuang susu (agak-agak, jangan cair sangat) dan masukkan kepingan keju. Kacau sampai rata.
- Tutup api.
Cara letakkan inti
- Ambil inti tadi dan masukkan ke dalam kentang. Isi separuh dahulu.
- Selepas itu, letakkan sos cili, sos lada hitam, sos keju. Kemudian, tutup balik dengan inti sehingga buncit sedikit. Taburkan daun oregano.
- Letak kepingan keju dan taburkan oregano lagi.
- Kemudian, bakar sehingga agak perang.
- Boleh piping sos cili, keju dan lada hitam.
Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan hidangan baked potato cheezy cheese ini. Rasanya sangat berkrim, sesuai dimakan bersama ayam panggang atau steak pilihan korang. Kalau nak jual pun memang laku keras sebab sedap sangat.
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Jamiah Tulisman
Baca Juga: Ini Cara Buat Ikan Pari Bakar Berempah Bungkus Daun Pisang, Lebih Jimat & Tak Perlu Makan Kat Kedai!