Langkau ke kandungan

Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!

Resipi

10 bahan, 17 langkah

Terus ke resipi
resepi bubur nangka berinti gula melaka

Bubur nangka atau butir nangka, merupakan kuih atau manisan yang sangat popular di negeri pantai timur. Lebih-lebih lagi bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Butir nangka dan bubur nangka merupakan dua kuih yang berbeza namun kedua-duanya sangat sedap. Bubur nangka kebiasaannya dia diisi dengan gula melaka manakala butir nangka dia berbentuk bujur dan tiada apa-apa inti di dalamnya.

Bagi yang menggemari butir nangka, bolehlah cuba bubur nangka pula. Hidangan yang mudah dan sangat sedap ini pasti menjadi manisan kegilaan anda selepas ini. Nak cuba buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Zurina Zulkefli di bawah ini.

Resepi Bubur Nangka Berinti Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air | tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit
  • Tiga pewarna | hijau, merah dan kuning
  • Gula melaka
  • 1 kotak santan
  • 1 sudu kecil halba | untuk aroma
  • Gula kasar | Mengikut citarasa kemanisan masing-masing
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung gandum yang dibancuh air

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung pulut dalam satu mangkuk.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.
  3. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.
  5. Setiap bahagian dicampurkan dengan pewarna. Saya gunakan lidi sate untuk calitkan pewarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  6. Jadilah tiga doh yang berwarna. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  7. Untuk gula melaka, boleh gumpal atau potong dadu. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  8. Cuitkan sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semua. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  9. Jadilah butir nangka bentuk bulat. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  10. Kemudian rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Apabila butir nangka timbul, baru angkat. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  11. Rendamkan di dalam air sejuk untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  12. Untuk kuah pula, panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  13. Kemudian masukkan gula dan sesudu halba. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  14. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkaan sekotak santan. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  15. Masukkan pula bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkann kuah santan. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  16. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!
  17. Siap untuk dihidangkan. Cara Buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka, Manisan Yang Unik & Cukup Menyelerakan!

Mudah sahaja kan nak buat Bubur Nangka Berinti Gula Melaka ini? Bukan sahaja mudah malah manisan ini juga sangat sesuai dihidangkan pada waktu pagi atau waktu malam. Nak jadi menu berbuka untuk bulan puasa nanti pun boleh tau.

Selamat mencuba!

Kredit: Zurina Zulkefli

 

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa