Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Butir Nangka Paling Senang & Sedap. Simpan Dalam Peti, Makan Sejuk-Sejuk!

Cara Buat Butir Nangka Paling Senang & Sedap. Simpan Dalam Peti, Makan Sejuk-Sejuk!

Kategori:
Butir Nangka

Semangkuk memang tak cukup! Butir nangka merupakan pencuci mulut yang berasal dari pantai timur ini telah menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Siapa yang belum pernah mencubanya wajib cuba buat nanti ya. Kalau makan semasa berbuka puasa nanti memang umphh! Satu keluarga dijamin suka, memang cepat habis seperiuk.

Resipi buah nangka ini adalah hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli. Selamat mencuba!

Resipi Butir Nangka

Bahan untuk membuat tepung butir nangka:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • Air, dituang sedikit demi sedikit
  • Setitik perwarna kuning

Cara-cara:

  1. Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Cubit sedikit doh dan gentel membujur.
  3. Rebus di dalam air yang sedang mendidih.
  4. Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.

Bahan untuk membuat kuah:

  • Setengah cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 2 ikat daun pandan
  • Sedikit halba
  • 3 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

  1. Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.
  2. Biarkan mendidih dan gula cair.
  3. Kemudian perlahankan api, masukkan sekotak santan.
  4. Sentiasa gaul kuah.
  5. Masukkan sedikit halba.
  6. Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Masukkan tepung butir nangka.
  8. Gaul sebati. Siap. Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.

Kredit: Zurina Zulkefli.

tags: