Cili Kisar merupakan antara bahan masakan yang paling diperlukan. Tanpa cili ini mungkin masakan kita kurang sedap dan menyelerakan. Kebiasaan dekat pasaran ada je cili ini tapi kadang-kadang rasanya yang agak masam menyebabkan masakan kita pun terasa masam.
Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah. Sekali buat boleh tahan berbulan-bulan. Boleh simpan lama. Yang penting tanpa bahan pengawet ni.
Cara Mudah Buat Cili Kisar Tanpa Bahan Pengawet
BAHAN-BAHAN:
- Cili Kering
- Garam kasar
- Minyak masak
- Air
- Air perahan asam jawa
CARA PENYEDIAAN:
- Potong dua cili kering kemudian rebus.
- Selepas sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
- Tambahkan garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili).
- Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Guna bila perlu.
Mudah sahaja kan nak buat sendiri Cili Kisar ni. Sekejap je. Hujung minggu tu boleh buat banyak terus kemudian simpan dalam peti ais. Jimat masa, tenaga dan wang. Lagi pula lebih selamat sebab resepi ini tidak menggunakan bahan pengawet
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Roazura Bahari