Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cucur Sardin Yang Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cucur Sardin Yang Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Kategori: ,,
cucur sardin

Aneka cucur sering menjadi pilihan untuk makan ketika waktu sarapan pagi dan minum petang. Bukan sahaja ringkas untuk disediakan, anda boleh mencuba pelbagai jenis resepi menarik dan ringkas dengannya.

Jika anda ingin cuba antara resepi cucur yang bukan sahaja sedap dan mengenyangkan untuk menu sarapan pagi buat keluarga di rumah, ikuti resepi cucur sardin ini yang telah dikongsikan oleh Hati Nurani di grup Masak Apa Hari Ni (MAHI). Semestinya bahan-bahan yang digunakan sudah tersedia di dapur jadi anda tak perlu pening untuk membuatnya. Nak tahu caranya? Jom baca dengan lebih lanjut.

Resipi Cucur Sardin

Bahan-Bahan

  • 1 tin sardin (guna jenama ini)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar jintan hal;us
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi (boleh tambahkan atau kurangkan ikut citarasa)
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali sardin, garam. perasa dan tepung sehingga lumat. CUCUR SARDIN
  2. Dalam mangkuk, hancurkan isi ikan sardin menggunakan garfu. CUCUR SARDIN
  3. Bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi diuli bersama secawan tepung gandum. Tak perlu guna air sebab ikan sardin sudah cukup kandungan air. Jika perlu tambahkan air, guna sedikit sahaja kerana takut cucur menjadi terlalu lembik. CUCUR SARDIN
  4. Boleh tambahkan garam dan serbuk perasa untuk tambahkan rasa cucur anda. Gaul sehingga rata dalam adunan cucur. CUCUR SARDIN
  5. Setelah digaul bersama perasa dan garam, rehatkan sebentar sebelum digoreng. Pastikan ditutup dengan elok. CUCUR SARDIN
  6. Kemudian, boleh tambahkan minyak masak dalam kuali dan panaskan. Masukkan adunan satu per satu dalam kuali untuk digoreng. Goreng sehingga keemasan. CUCUR SARDIN
  7. Angkat dan toskan dan sedia untuk dinikmati bersama sos pilihan anda. CUCUR SARDIN

Resepi cucur sardin yang telah dikongsikan ini teramat mudah, kan? Bagi ibu-ibu yang terlalu sibuk tapi teringin masak sarapan pagi sebelum anak-anak berangkat ke sekolah, boleh lah mencubanya. Dijamin anak-anak tentu akan suka.

Selamat mencuba!

Kredit: Hati Nurani di grup Masak Apa Hari Ni (MAHI)

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Roti Goreng Sayuran Yang Sedap & Mudah Untuk Sarapan Pagi

tags: | |