Sekarang terdapat aneka donat viral yang boleh dicuba. Walaupun tak dinafikan bahawa semuanya sedap, tak ada yang mampu mengalahkan donat kampung.
Ringkas dan tak memerlukan apa jua pelengkap, donat kampung ini memang digemari semenjak dahulu lagi dan menjadi punca rezeki ramai. Di sini kami ingin berkongsi cara membuatnya seperti yang telah diajar oleh Izzan Abdul Karim di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Donat Kampung Gebu, Ringkas Tapi Tetap Sedap Dari Yang Lain
Bahan-bahan
- 3 sudu gula
- 3 sudu susu pekat
- 1 sudu garam halus
- 1 cawan air suam
- 11 gram serbuk mauripan
- 1kg tepung
- 2 sudu besar marjerin
Cara-caranya
- Bancuh gula, susu pekat, garam halus bersama air suam.
- Kacau sampai larut, kemudian letakkan mauripan dan biarkan selama 10 minit.
- Selepas itu, gaul tepung dan marjerin bersama air bancuhan tadi.
- Uli selama setengah jam mengikut kemampuan anda. Jika melekat pada tangan, tambah sedikit air.
- Bila dah kembang, doh tak akan melekat dan sedia.
- Perap selama setengah jam.
- Sebelum dibentukkan, tumbuk-tumbuk doh dahulu.
- Kemudian, bentukkan doh ikut suka dan goreng selama 10 minit pada api yang sederhana.
- Sedia untuk dinikmati.
Donat kampung ini nampak sangat ringkas, kan? Teksturnya juga gebu, sedap bila dimakan dan kalau korang suka, boleh juga tambahkan gula halus sebagai hiasan, jadi lebih sedap!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Izzan Abdul Karim
Baca Juga: Ini Resepi Roti Kukus Yang Anda Boleh Cuba, Lebih Gebu & Lembut Dari Dibakar