Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lagi Resepi Menarik, Ini Cara Buat Donat Pelangi Yang Nampak Meriah & Lain Dari Yang Lain

Lagi Resepi Menarik, Ini Cara Buat Donat Pelangi Yang Nampak Meriah & Lain Dari Yang Lain

Kategori: ,
donat-pelangi

Musim hujan seperti sekarang buat ramai orang hanya meluangkan masa di rumah dan mencuba macam-macam jenis resepi.

Antara resepi yang menjadi minat ramai adalah resepi donat. Banyak variasi donat menarik telah dicuba seperti coklat, keladi, red velvet dan sebagainya.

Kali ini pula, kita ingin berkongsi resepi donat pelangi oleh Che Azawimie Che Zahari di grup Masak Apa Hari Ini.. (MAHN).

Lagi Resepi Menarik, Ini Cara Buat Donat Pelangi Yang Nampak Meriah & Lain Dari Yang Lain

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum atau tepung roti
  • 1 paket kecil yis
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh k-fine atau pelembut roti
  • Susu uht secukupnya
  • Perisa makanan
  • Pewarna makanan

Cara-caranya

  1. Campurkan semua bahan kering (tepung gandum, yis, shortening, gula, garam, k-fine) dalam mixer dan uli sampai jadi doh.
  2. Kemudian, masukkan susu sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga sebati. Bila doh tak lekat pada tangan dah boleh hentikan mixer.
  3. Bahagikan doh pada empat bahagian, warnakan dan perisakan setiap bahagian mengikut suka anda.
  4. Gulung satu per satu bahagian. Susun ikut warna pelangi. Gulung lagi sehingga nipis, anggaran dalam 2 cm dan terap saja. Lepas terap itu baru la rehat bagi ia kembang. Anggaran dalam dua jam. donat-pelangi donat-pelangi
  5. Kemudian, panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali. Bila sudah panas, goreng donat dan selalu terbalikkan sehingga keperangan.
  6. Keluarkan dari minyak dan toskan. Hias dengan gula semasa masih panas dan sedia untuk dinikmati. donat-pelangi donat-pelangi donat-pelangi

Dah siap donat pelangi ini. Nampak sangat meriah, kan? Jadi sambil anda mencuba resepi donat di dapur itu, cuba pula resepi ini tau.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari

Baca Juga: Bihun Di Dapur Selalu Tak Habis? Guna Buat Kuih Bihun, Macam-Macam Warna Boleh Dicuba

tags: | | |