Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Klasik Dari Timur Tengah, Ini Cara Buat Fatayer Inti Daging Cheese Yang Terus Cair Dalam Mulut

Resipi Klasik Dari Timur Tengah, Ini Cara Buat Fatayer Inti Daging Cheese Yang Terus Cair Dalam Mulut

Kategori: ,
fatayer inti daging cheese

Setiap negara memiliki pai khusus yang sering kali disajikan untuk menemani waktu santai dan dimasak sebagai makanan pelengkap sesuatu perayaan atau majlis tertentu. Salah satunya dikenal dengan sebutan fatayer.

Makanan ini adalah pai dengan ragam isi dan bentuk yang pupular di Timur Tengah. Ada versi segi tiga, bentuk mirip perahu dan lain-lain. Demi mendukung penampilan hidangan supaya tambah menarik untuk dilirik.

Seperti perkongsian Ummu Ashraf di laman Facebook, dia berkongsi bagaimana untuk menyediakan Fatayer inti daging cheese dari Timur Tengah ini. Menurutnya, Fatayer ni kalau di Saudi, memang dijual merata-rata. Biasanya inti daging, atau ada yang inti keju feta dan pudina.

Yang keju spinach pun ada atau yang paling best yang zaatar. Dia membuat fatayer inti daging cheese menggunakan inti murtabak yang dah siap (beli bentuk freezer). Jadi, kita tinggal buat kulit sahaja dan campur je dengan inti.

Resepi Klasik Dari Timur Tengah, Ini Cara Buat Fatayer Inti Daging Cheese Yang Terus Cair Dalam Mulut

Resepi Kulit:

  • 3 cawan tepung
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 susu teh yis instant (macam mauri pan)
  • campur semua di atas
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan butter cair yang dah disejuk sedikit dalam campuran tepung. Gaul sampai jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli samoai lembut, Rehatkan 15 minit.
  3. Siap dah dohnya.

Cara Isi Inti Dalam Doh Kulit:

  1. Doh yang dah direhatkan boleh buat jadi bebola. fatayer inti daging cheese
  2. Canaikan bentuk bujur. Saya sapu cheese spread (saya guna yang jual dalam botol yang dah siap).  fatayer inti daging cheese
  3. Dah bentukkan macam  ni, sapu butter cair seidkit dekat kulit tu. Bakar 18- darjah C, 20 minit.  fatayer inti daging cheese
  4. Siap!

Dah siap fatayer inti daging cheese ni. Boleh buat dekat rumah je tak perlu fly ke Saudi lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencba dan menikmati.

Sumber: Ummu Ashraf

Baca juga: Cara Buat Gulai Kuning Ikan Ayo Resepi Mok, Biar Kuah Jadi Lagi Pekat & Rasa Makin Mantap

tags: | |