Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Betul Buat Sotong Goreng Tepung Yang Rangup, Tak Meletup Dan Tak Berminyak

Cara Betul Buat Sotong Goreng Tepung Yang Rangup, Tak Meletup Dan Tak Berminyak

Kategori: ,

Korang teringin nak makan sotong goreng tepung yang rangup dan tepung tu melekat dekat sotong ? Ini ada cara buat sotong goreng tepung yang rangup. Tak meletup dan tak berminyak. Takde lah susah sangat nak menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup ni, cuma kena tahu cara yang betul sahaja.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu tepung bestari
  • 1 biji telur ayam
  • Sotong

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan tepung ubi, tepung jagung dang tepung bestari sehingga sebati. (tak perlu bancuh air)
  2. Pecahkan telur. Gaulkan sotong dengan telur.
  3. Angkat terus golek-golek dalam tepung.
  4. Minyak letak banyak. Bagi betul-betul panas, api jangan kuat sangat.
  5. Goreng sehingga masak dan siap!

Tambahan untuk menyedapkan lagi anda boleh tambah 1 sudu kecil garam dan black pepper serta 2 sudu makan penuh tepung bestari.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber:  Niza Nora 
Resepi asal: Nurul Faidha

Baca juga: Resepi Biscoff Cheesecake Tanpa Bake Yang Sedap , Buat Sendiri Lebih Jimat

 

tags: | |