Korang pernah dengar perkataan ibu sambal? Ia adalah bahan yang disediakan terlebih dahulu untuk memudahkan kita masak hidangan sambal, misalnya.
Boleh buat stok untuk 1-2 bulan. Mudah dan jimat sangat masa memasak untuk yang sibuk dan malas berlama-lama di dapur.
Jom kita ikuti perkongsian Hafsah Mardhiah ini. Memang best lah buat ‘ibu sambal’ ni.
Antara Masakan Yang Boleh Dimasak Dengan ‘Ibu Sambal’:
- sambal nasi lemak
- ikan/udang/ayam/sotong masak sambal/masak merah
- mi/bihun/kuey teiw goreng
- gulai ikan/ayam
- kari ikan/ayam
- rendang/lontong dll
Dan banyak lagi masakan yang boleh menggunakan pes yang sama – ibu sambal
Cara Buat ‘Ibu Sambal’ Pekat & Rasa Mantap, Jimat Masa Nak Masak Hidangan Bersambal & Goreng!
Bahan-Bahan & Cara Penyediaan:
- bawang merah – 3/3 >> 1.5kg+
- bawang putih – 1/3 >> 0.5kg+
- cili kering besar – anak tak makan pedas – (2/3) >> 0,2kg++ ringan tapi banyak
- guna blender boleh masak tu, blend dan terus masak dalamnya.
- Oleh kerana buat banyak, saya blend + masak bawang merah dulu. then baru blend + masak bawang putih + cili kering.
- Lepas tu saya campur je semua dan biarkan sejuk sebelum simpan.
- Ada yang suka asingkan bawang merah, bawang putih dan cili kering. Saya malas, jadi saya campur semua sebab nisbah saya dah betul untuk masak.
- Ada yang suka campur halia. Saya tak suka sebab bukaan semua masakan guna halia. Jadi ikut selera masing-masing.
- Nanti bila nak masak, baru saya tambah bahan lain ikut masakan. Tambah halia/lengkuas/serbuk kunyit/serbuk kari/garam/gula/garam/sos/kicap dll.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba buat pembaca!
Sumber: Hafsah Mardhiah
Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Rahsia Buat Jelly Kelapa Sedap & Kenyal, Boleh Buat Untuk Jamuan & Niaga Confirm Laku Keras!