Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Korean Garlic Bread Dengan Mudah, Guna Roti Gardenia Lebih Mudah & Tetap Menjadi

Cara Buat Korean Garlic Bread Dengan Mudah, Guna Roti Gardenia Lebih Mudah & Tetap Menjadi

Kategori: ,
korean garlic bread

Korea bukan sahaja terkenal dengan kimchi, stu dan street food tapi dengan aneka roti yang begitu sedap dan memuaskan bila dimakan.

Dengan begitu banyak pilihan, di sini kami Korean Garlic Bread yang enak dan mudah sahaja untuk disediakan. Resepi ini telah diolah oleh Haya Yahya di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Korean Garlic Bread Dengan Mudah, Guna Roti Gardenia Lebih Mudah & Tetap Menjadi

Bahan

  • Roti gardenia

Bahan adunan cream cheese

  • 150 gram cream cheese
  • 3 sudu besar susu sejat
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Bahan adunan butter

  • 100 gram mentega (guna yang ini)
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar madu
  • Daun parsley yang kering

Cara-caranya

  1. Campurkan kesemua bahan cream cheese, kacau sampai rata dan ketepikan. korean garlic bread
  2. Panaskan mentega dengan api yang perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak-agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata dan ketepikan. korean garlic bread
  3. Sediakan kepingan roti dan letakkan adunan cream cheese di atas roti.korean garlic bread
  4. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat. korean garlic bread
  5. Dah siap tekan dengan garpu sekeliling. korean garlic bread
  6. Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang. korean garlic bread
  7. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing. korean garlic bread
  8.  Sedia untuk dinikmati.

korean garlic bread

Mudah sahaja nak menyediakan Korean Garlic Bread ini, kan? Tak perlu ke mana-mana bakeri, buat sendiri lebih bagus, rasanya pun cukup memuaskan.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

 

Kredit: Haya Yahya

Baca Juga: Cara Buat Sotteok-Sotteok, Street Food Yang Femes Di Korea. Letak Lebih Banyak ‘Sos Istimewa’ Ini Untuk Lebih Puas Hati

tags: | |